Sunday, January 23, 2011

blogger untung RM1 juta

Fullammak... terkejut Mak dara bila baca paper Berita Harian pagi ni.. Blogger boleh jana pendapatan dari menulis blog ajer.. memang respect le pada yang berjaya mendapat pendapatan dari menulis blog ni.



Mak Dara sokong sangat untuk kaum kaum wanita kaum hawa ni terutama suri rumah tangga. Apa kata lepas dah habih kerja rumah, dah habis masak moh ler menulis blog mungkin boleh dapat pendapatan dari situ tanpa keluar gi kerje pun. Boleh menolong suami kan hehe. Bagi Mak Dara belum lagi kesitu sebab Mak dara baru jer berjinak jinak dengan dunia blog ni. Tapi kalau betul boleh dapat income.. kompommm Mak Dara bersara dari dunia menulis skrip drama dan filem dan terus lompat kedunia penulisan blog. Senang tak payah gi pitching kat RTM. Tak payah pening kepala dengan permintaan producer, tak pening kepala dengan nak cadangkan pelakon.. Pakai hantam jer tulis apa yang terbuku, tersurat di hati.. kan bestt tu..

Apa apa pun Mak dara respek pada anak saudara Mak Dara iaitu si AimieHarmelia aka teman wanita kepada penjaga gol pertama Malaysia Khairul Fahmi Che Mat dengan blognya
http://jejariruncing.blogspot.com/ . Blognya mempunyai ramai followers dan sebuah blog yang memang besttt dan sempoiii.. Aimie ni bukan saja buat blog tapi juga ada online butik Closet Of AmyAMy kalau free2 tu gi le melawat yer.. banyak pakaian dan bag cantik cantik kat butik dia..


Walau apa apapun. Mak Dara nak ucapkan tahniah kepada yang berjaya dalam dunia blogging ni. dan pada yang baru nak berjinak jinak dalam dunia blog ni macam Mak Dara .. Mak Dara ucapkan kita sama sama selamat berjaya.. =)

3 comments:

  1. sebelum blog dia biasa jer.. follower pun x ramai. mencanak naik selepas Pasukan Malaysia Menang jer.. Saya ada juga baca blog dia sblm blog tu tiba2 kena tempiasa populariti BF dia tu kak ida.. Memang Tuah dia lak kot terkena tempias populariti BF dia.. Rezeki masing - masing2. Kita pun blh jd camtu Insyaallah cuma kena usaha lebih jer.. Sebab kita takde bf goal keeper.. kekekekekeke.

    ReplyDelete
  2. hehe tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu kan.. Dia anak saudara Kak ida.. mak dia sepupu kak ida tp br jer tau yg bf dia tu penjaga gol malaysia.. but she is very low profile.. =)

    ReplyDelete
  3. aunty..br perasan entry ni..tulah.. tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia Allah sj yg tahu kn? btw thanks aunty..ur blog pon ape kurangnye? meletop gakss..hehe

    ReplyDelete