Thursday, January 20, 2011

Jangan Hantar Aku Ke Neraka

Mak Dara baru saja menonton drama "Jangan Hantar Aku Ke Neraka" di TV9.. asyik tengok skrip drama sendiri jer sesekali nak jugak tengok hasil kerja orang lain kan.. fuhh punyalah sedih melihat pelakon utamanya Allahyarham Faizal Yusof. Memang mantap lakonannya. Rupa rupanya arwah sempat menghabiskan penggambaran drama ni beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia.



Mak Dara tak sampai hati nak tengok drama tu sampai habis.. bayangkan bagaimana pula perasaan isteri dan anaknya. Bagaimana allahyarham baru 19 hari meninggalkan kita dan kini gambarnya keudara di TV.. Berat mata memandang pasti lagi berat bahu yang memikul..

Mak Dara masih ingat lagi bagaimana Mak Dara dan suami menulis skrip drama ZAHARUL VS ZARINA. Tergelak sakan Mak Dara dan keluarga bila drama tu ditayangkan di TV suatu ketika dulu. Allahyarham berjaya membawa watak sebagai Zarina seorang"wanita" dengan berjaya sekali. Wataknya sebagai perempuan punyalah cun melecun dan seksi mengalahkan perempuan asli..



Oleh kerana sambutan dan rating yang amat menggalakkan maka stesen TV meminta suami Mak Dara menyambung ZAHARUL VS ZARINA 2 dan juga telah mendapat sambutan yang diluar dugaan. Tak lama lepas tu producer drama ini En Jurey Rosli meminta Mak Dara dan suami membuat ZAHARUL VZ ZARINA dalam bentuk bersiri. Maka kami pun hasilkanlah drama bersiri 13 episod . namun sayang tuhan lebih sayangkannya.. Masih tersimpan kini proposal 13 episod tu dalam komputer Mak Dara. Jika pun drama ni akan meneruskan penggambaran nanti, rasanya tiada sesiapa pun yang akan dapat mengatasi lakonan allahyarham Faizal membawa watak sebagai Zaharul dan Zarina..

Semoga Allah swt. mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Al fatihah..

6 comments:

  1. mmg sedih tgk citer tu....mmg meleleh la....

    ReplyDelete
  2. mia pun tgk juga citer ni malam tadi...sedih tul...

    ReplyDelete
  3. aku tgk mak.. mlm td. tp dah nak ending. nangis tgk dia tak berdaya tlg adk dia kene rogol..
    huwaaaa!!!

    mmg sweet arwah dlm zaharul VS zarina. masa tu dia baru nak belakon ke???

    ReplyDelete
  4. Jue: yup memang tangkap nangis.. mentelah pulak tahu yang dia sempat habiskan shooting tu beberapa hari sebelum arwah meninggal..

    Mia: kannn sedih kan.. :(

    Kakngah: part ending Mak Dara tak tengok.. mmg tak sampai hati nak tengok..

    rasanya arwah dah ada berlakon sebelum drama Zaharul VS ZARINA tu..

    ReplyDelete
  5. best drama nih
    agak sedih juga lah tgok drama nih
    den bab2 mak ayah nih memang sedih sikit
    kesian tgok mak diorang lakonan Fazilah Mansor terlentar siap terkencing dkt dalam rumah tu

    ReplyDelete