Friday, January 21, 2011

Zaquan Adha bernikah dengan Ayu Raudhah

Haaaaa.. membaca tajuk ni jer.. Mak Dara pasti ramai anak anak Dara yang menggigit jari. manakan tak.. si hensem dan kacak lagi terror main bola ni sudah sah menjadi suami orang.. Takpe dik.. insyaallah jodoh adik adik akan sampai hehe.

Dengar khabar Ayu Raudah sah menjadi isteri kepada Zaquan dengan hanya sekali lafaz, perghh alhamdullilah.. Mak Dara rasa sure malam semalam si Zaquan banyak kali practice untuk mengucapkan akad. Bukan senang tu.. dengan gemuruhnya lagi dengan semua mata mata tertumpu pada kita untuk lafaz, sure nervous.. Cehh macam lah Mak Dara tau.. bukannya Mak Dara yang lafazkan akad masa Mak Dara bernikah dengan cik abang Mak dara dulu hehe..


Pasangan kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang

Khabarnya pada majlis yang serba ringkas tu, Ayu menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang. Hah ni yang paling Mak Dara setuju... Mas kawen tak perlu mahal mahal.. jangan susahkan benda yang baik.. Zaman sekarang mas kawen mencecah beribu ribu lemon itu belum masuk wang hantaran lagi tu. Dah macam nak menjual anak aje.. Macam diorang ni bagus.. sederhana aje.. Pastu wang hantaran pun tak kecoh kecoh nak sebarkan pada semua orang.. Mak dara suka cara diorang..

Kepada Adik adik Dara yang masih solo tu dont be khuatir.. ramai lagi pemain pemain bola kebangsaan kita yang hensem hensem.. alihkan minat uols pada mereka yang single single tu yer.. Mari kita doakan semoga perkahwinan antara Zaquan Adha bernikah dengan Ayu Raudhah berkekalan hingga ke anak cucu, insyaallah. Amin...

5 comments: