Wednesday, February 9, 2011

Bila Mak Dara masuk Persatuan..

Mak Dara tengah meeting =)

Bila baca title post Mak dara ni jangan ingat mak Dara join "Persatuan Mak Dara Semalaysia" pulak.. ehhh tapi best pulak nama persatuan tu kan hehe.. tapi Mak Dara nak cerita tentang Mak Dara join persatuan "GABUNGAN BEBAS PENULIS SKRIP MALAYSIA"


Persatuan ini bukan sahaja untuk penulis skrip tv/filem tetapi perkongsian dengan semua penulis skrip Malaysia dalam medium lain iaitu penulis skrip teater, filem pendek, drama radio, dokumentari, animasi, iklan, promo, video korporat, bidang pengacaraan dsb dalam apa jua.


ahli ahli GABUNGAN BEBAS PENULIS SKRIP MALAYSIA



Petang tadi Mak Dara dan suami menghadiri perjumpaan yang kedua bagi Mak dara sejak join persatuan ni di KL Sentral. Memang best.. Semua rata rata penulis skrip yang berjaya.. Mak Dara teruja bila dapat berbual dan mendengar cerita mengenai kerjakerja sebagai penulis skrip bersama mereka.

Semoga persatuan GABUNGAN BEBAS PENULIS SKRIP MALAYSIA ni dapat mengangkat martabat seorang penulis seperti yang selayaknya suatu hari nanti insyaallah . Dan pada sesiapa yang minat dalam bidang penulisan join boleh ler group ni yer =)

3 comments:

  1. MAK DARA..Ade jugak ye persatuan penulis skrip ni...Mesti kalau kumpul idea semua penulis tu dapat skrip yg best2.Ramai rupenye penulis skrip kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
  2. akak hanya penulis blog picisan jer...hahaaaa...

    ReplyDelete
  3. Mrs. Hakim: ada hehehe.. memang ramai sis.. semakin banyak chanel kat TV makin ramailah spesis mcm mak dara ni hehe

    kak pah: ish mana ada picisan ke tak kak.. once a writer is always a writer tak kisah apa genrenya =)

    ReplyDelete