Wednesday, February 9, 2011

Bunuh Diri Selepas Mengumumkannya Di Facebook

Terkejut Mak Dara bila mendengar cerita tentang seorang pelajar di Melaka, Sally Lee Qian Chun, 17, dari SMK Seri Kota Ayer Leleh, telah membunuh diri selepas mengumumkan niatnya itu di Facebook.


Sally Lee Qian

Dengar cerita Sally telah meluahkan perasaannya tentang hubungannya yang gagal dan telah meluahkan niatnya untuk membunuh diri. Pastu yang tak seronoknya, tiada seorang pun dari kawan kawan mendiang mahupun kawan di FB yang cuba menghalang atau memujuknya malah mereka tidak percaya dan ada yang mencabarnya untuk melakukan apa yang dikatakan oleh mendiang. Apa punya kawan lah ni.. memang tak boleh pakai betul.

Sebelum membunuh diri, Sally Lee Qian sempat menghantar post di FB mengingatkan kawan kawannya untuk membelikannya sebuah patung dan keranda untuknya dan meminta semua rakan rakannya tidak merinduinya bila dia telah tiada nanti.

Sally telah membunuh dirinya dengan duduk dengan bahaya di koridor di hadapan kelasnya lalu terjatuh dan terus meninggal di tempat kejadian.


Di sinilah Sally Lee Qian jatuh dari tingkat kedua di sekolahnya.

Hairan betul Mak Dara.. Takkan lah takde seorang pun dari kawan atau saudara yang terbaca dan rasa perlu bersemuka dengan mendiang ni. Tapi benda dah berlaku. Cuma apa yang boleh kita lakukan ialah mengambil cerita ini sebagai satu ikhtibar. Kita perlu lebih peka dengan hati dan perasaan setiap orang disekeliling kita. Kalau ada rasa yang tak kena cubalah untuk membantu yang semampu. Manalah tahu kalau kalau kita dapat membantu mereka kan..

10 comments:

  1. huh!mcm dh bnyk sngt org yg ambil tindakan cam ni, pelik tp benar :( ...x de ke FB die? nk tgk klu ada :)

    ReplyDelete
  2. selalunya org ingat benda ni cuma main2 jer...tu yg tak ambik pot tu...

    ReplyDelete
  3. ha ?
    adoi ..
    putus cinta pun nak bunuh diri ?
    pelik2 ..

    ReplyDelete
  4. biasanya kalo buat pgumuman nak bunuh diri kat laman sosial,org akan ingat perkara tu main2..sebab tu diaorang tak ambik hal..jiwa remaja macam tu la..suka ikutkan perasaan..

    ReplyDelete
  5. Pasal cinta pon boleh jadi bunuh diri..ape pon jadikan iktibar..Mak Dara kalau wat skrip nanti untuk org yg putus cinta, skrip yg penuh semanagt yea..

    ReplyDelete
  6. sebelum nie ada kes gantung diri live guna webcam... huhu!

    ReplyDelete
  7. macam2je: Mak dara carik2 juga tapi tak jumpa FB dia. Maybe family dia dah tutup kot..

    kak pah: rasanya mcm tu lah kot. diorang ingat main2 jer kot

    abubakar: tulah pasal. macam dkt barat pulak kan

    nelly: pelik tapi benar.. sad story kan

    mrs.sabri: darah muda.. susah nak fikir apa yg betul dan apa yg salah kan :(

    mrs. hakim: harap2 dapat tulis skrip yg boleh beri semangat dan pengajaran kpd penonton satu hari nanti.. insyaallah :)

    Naz: reallyyyyyy.. ya allah.. macam2 skrg ni

    ReplyDelete
  8. nasibla dia bukan islam..kalau x mati sesat..

    ReplyDelete
  9. ha,ah..nasib baik dia bukan islam..huhu..

    ReplyDelete