Monday, February 21, 2011

D'ADZA BAND dalam Majalah Media Hiburan

Group D'ADZA dan D'ADZA BAND ni memang tak banyak bezanya cuma bezanya ahli kumpulannya aje. kalau D'ADZA terdiri dari adik beradik Mak Dara iaitu Adza Iyanie, Adza Tuty, Adza Rina dan Mak Dara sekali Adza Irda. kumpulan kami ni dah lama ditubuhkan sejak dari kami kecik kecik lagi.. Tapi sejak Mak Dara asyik dok produktif mengembangkan keluarga maka Mak Dara bersara dari D'ADZA dan selepas itu tertubuhlah D'ADZA BAND yang dianggotai oleh Adza Yanie, Adza Tuty, Adza Rina, Tengku Noor dan Amri. Sekarang D'ADZA BAND membuat persembahan di hotel Concord Shah Alam.

Alhamdullilah D'ADZA BAND telah dijemput oleh majalah Media Hiburan untuk dimasukkan dalam segmen "BAND PILIHAN" dalam majalah tu.. Maka keluarlah cerita mengenai D'ADZA di Media Hiburan =)

D'ADZA Band di Majalah Media Hiburan 12-18 feb

D'ADZA Band di Majalah Media Hiburan 12-18 feb

Pada sesiapa yang suka layan tengok Band.. bolehlah gi ke Crossroad @ Concord Shah Alam dan saksikan D'ADZA perform.. =)


4 comments: