Thursday, February 3, 2011

Macam Macam Boleh Jadi Dalam Seminggu

Mak Dara baru jer pulang dari Kerala Cochin India 2 hari lepas. Terkejut juga Mak Dara bila balik jer ke sini macam macam yang terjadi di Malaysia dan di Mesir. Ya lah macam mana Mak dara nak tahu perkembangan dunia bila di sana kebanyakkan stesen TV pakai bahasa diorang disana aje =).

Mak Dara terkejut bila tahu pasal kes banjir . ramai mangsa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat dan sampai ada yang terkorban. Masyaallah..





Satu lagi berita yang menggemparkan Mak Dara ialah keadaan huru hara yang melanda di Mesir. kasihan Mak Dara pada semua pelajar kita yang masih berada di sana. Macam manalah mereka sekarang. Terkejut juga bila baca surat khabar dan membaca bahawa ada pelajar wanita kita telah dirompak dan dirogol . Masyaallah..




Mak Dara harap semoga keadaan banjir di negara kita beransur pulih dan keadaan huru hara di Mesir kembali tenang dan semua pelajar kita selamat dibawa pulang.

Semasa di India pun keadaan di sana pun penuh dengan keganasan jugak. Di sana seorang pemimpin politik mereka telah dibakar hidup hidup di hadapan orang ramai kerana pemimpin itu telah membongkar kes kecurian minyak oleh sekumpulan mafia yang menggelarkan diri mereka "Oil Mafia". Hari hari juga boleh dilihat di berita tentang kes cubaan membunuh pemimpin politik.

Walau apapun yang terjadi kita semua harus bersyukur jadi rakyat Malaysia. semoga tiadalah perkara perkara buruk macam tu berlaku di negara kita.. insyaallah..fuhhhhh Macam Macam Boleh Jadi Dalam Seminggu kan...

No comments:

Post a Comment

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK