Wednesday, February 16, 2011

Mak Dara dan Batu Keras

Tidak.. Mak dara bukannya kena baling dengan batu yang keras. Dan tidak juga.. Mak dara tak kena penyakit batu karang hehehe.. batu Keras tu bahasa berlapik kepada HARD ROCK sebenarnya.

Mak Dara @ HARD ROCK CAFE KL

Mak Dara ni bukanlah kaki clubbing . Tapi Mak Dara memang suka menonton live band. Sebab Mak Dara dolu dolu pun salah sorang anggota Band juga. Band Mak Dara dulu namanya D'ADZA. Dimana Mak Dara main keyboard dan adik beradik Mak Dara yang lain menyanyi. Tapi sejak dah beranak pinak dan sejak spare tyre dah semakin menimbun nimbun maka Mak dara bersara dari dunia band ni sebelum roboh pentas dek sebab Mak Dara yang dah semakin gebu nih hehe.


Mak Dara bersama D'ADZA suatu masa dolu huhu

Jadi Mak Dara selalu lah pegi layan tengok band band perform. Terbaru Mak Dara dan adik Mak Dara gi layan Band Hydra yang perform kat Hard Rock Cafe KL. perghh memang besttt betul band tu. Yang bestnya bila diorang perform lagu lama lama zaman Mak Dara iaitu lagu2 dari Boyz 2 Men . Perghh menusuk kalbu bila dengar lagu The End Of The Road.. huhu

D'ADZA BAND

Tapi apa apapun seminggu sekali, Mak Dara pasti akan pergi menengok Band D'ADZA yang sekarang dianggotai oleh kakak Mak Dara iaitu Adza Adzriyati, Adik2 Mak Dara Adza Tutyrianti dan Adza Rinawati, serta abang ipor Mak Dara Tengku Noor(pemain keyboard) dan Amri (pemain gitar) yang sekarang perform di Crossroad Concord Shah Alam. Kalau uols pun suka tgk Band check out ler Band D'ADZA yer =)

3 comments:

  1. haritu ada pegi BATU KERAS kat penang. best jugak.
    http://kaio89kl.blogspot.com/2011/02/review-sini-ada-hantu.html

    ReplyDelete
  2. D'ADZA band sekarang aktif lagi tak perform??
    salam ziarah mak dara ye:)

    ReplyDelete
  3. kaio: oh kat penang Mak Dara belum sampai. best ke? ish nak kena gi jgk nnt nih hehe

    Fifiey: yup masih aktif lg skrg diorng perform kat concord shah alam pulak =)

    ReplyDelete