Thursday, February 10, 2011

Penggambaran "TUAH TERTIPU" kini bermula

Syukur alhamdullilah setelah hampir 6 tahun Mak Dara menulis skrip komedi Mak Dara yang berjudul "TUAH TERTIPU" akhirnya hari ini TUAH TERTIPU telah memulakan penggambarannya. Skrip ini sebenarnya Mak Dara tulis sebagai sebuah skrip filem namun sayangnya takde rezeki dan filem itu tidak menjadi kenyataan.

Namun akhirnya En Jurey Rosli seorang pengarah dan producer terkenal telah membeli skrip Tuah Tertipu Mak Dara tu. Hanya dalam masa seminggu lebih jer skrip tu diluluskan oleh RTM dan hari ni telah memulakan penggambaran di Langat Selangor. pendek kata Abang Joe ni memang producer dan pengarah yang terbaikk lah dan sesiapa yang dapat shooting dengan syarikatnya World Evolution Sdn Bhd (WEB) amat bertuah! (ini bukan nak bodek tp mmg kenyataan hehe)


Ucop cecupak dan abang sedang melakonkan watak di mana mereka
sedang merancang untuk merompak kedai emas.


shooting time!!

Semasa Mak Dara menulis post ni, Mak Dara dapat tahu bahawa mereka tengah shoot scene/adengan yang terakhir untuk hari ni.Dengar cerita juga yang semua di lokasi penggambaran pecah perut dengan adengan adengan yang dijalankan. Nampaknya semuanya berjalan dengan lancar.. Alhamdullilah.

Mak Dara mendoakan agar penggambaran drama Tuah Tertipu berjalan lancar sehingga ke akhirnya.. amin..

Terima kasih kepada En Aizad Rosli diatas gambar gambar di atas

3 comments:

  1. wah cam best je....tajuk dia menarik perhatian

    ReplyDelete
  2. tajuk memang menarik.. slama ni dgr tipah je yg kena tipu.. skrang dah ada tuah..

    ReplyDelete
  3. PreDicTor: hehe tankiuuu

    sicKo: tu lah bukan tipah jer yg kena tipu.. tuah pun kene tipu gak =)

    ReplyDelete