Wednesday, March 2, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??



Errrr ni bukan Mak Dara Marah atau mengamuk. Ini sebab Mak dara nak masuk segmen si Ben Ashaari hehe. Dah banyak kali join segmen dia. dan ternyata memang best.. Bukan nak puji ek tapi benda baik mmg elok dipuji=)

ok Ben minta memberikan sebuah kisah tentang kematian. Actually memang dalam drama drama yang saya tulis banyak yang mengisahkan tentang kematian yang menyayat hati tapi itu semua hanya dalam skrip. Tapi satu kematian yang amat memilukan saya adalah kematian kenalan Ibu saya di Rawang 5 tahun lepas.

Arwah Ani ni seorang warga Indon dan dah mendapat PR Malaysia. Dia ni meniaga sayur di pasar Bandar Country Homes di mana kami tinggal dulu. Oleh kerana ibu Mak Dara ni selalu kesana dan dia jugak terlebih peramah macam mak dara maka hampir semua peniaga dia kenal tetapi dia paling rapat dengan Ani dan suaminya Hamid. Sejak dari situ lama kelamaan Ani dan keluarga dia jadi anak angkat pada Ibu mak dara. maka hampir hari hari Ani akan datang kerumah. Walaupun baru kenal tapi dia memang sayang pada anak sulung Mak dara iaitu Adza Haiqal. Hampir tiap tiap hari lepas meniaga dia datang bawak cekodok untuk anak Mak Dara ni sebab dia tau anak mak dara sorang ni memang gila makan cekodok.

Satu hari Mak Dara dengar Ani kena balik ke Indonesia sebab keluarganya sakit. Lamaaa betul dia balik kesana. tak ada khabar berita langsung.. Ibu Mak Dara pun sunyi sebab setiap kali ke pasar tempat meniaga Ani dan suaminya kosong aje. Bila ditanya semua kata yang Ani akan balik ke Malaysia minggu depan.

Seminggu berlalu tapi kami masih jugak tak nampak batang hidung si ANi dan suaminya. Suatu petang yang sunyi. Alangkah terkejutnya kami bila jiran sebelah rumah Ani datang dan menyatakan bahawa Ani baru sahaja meninggal sebentar tadi kerana kemalangan. lebih mengejutkan kami bila kami difahamkan mereka dilanggar dipersimpangan jalan dan bekas makanan berisi cekodok berlimpangan di atas jalan.... Masyaallah terdetik di hati Mak Dara bahawa pastinya mereka dalam perjalanan ke rumah Mak Dara untuk menghantar cekodok kegemaran anak mak dara tu.. Masyaallah..... Air mata berjujuran jatuh di pipi Mak Dara dan Ibu. Kami terus bergegas ke rumahnya . Bertambah sedih bila melihat 2 mayat terkubur kaku di ruang tamu. Kami dinasihatkan supaya tidak membuka kain menutup wajah mayat kerana kecederaan mereka amat teruk. Mereka terus dikebumikan di tanah perkuburan Rawang..

Itu antara peristiwa yang takkan dapat mak dara lupakan. Marilah sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada arwah ANi dan suaminya.. AL FATIHAH...

kepada yang nak join segmen En BEn ni sila klik di SINI atau di pic En Ben di atas .

8 comments:

  1. Al-Fatihah...
    hurmm...sedihnyer bile bce yg cekodok 2 berlimpangan ats jalan... ;(

    ReplyDelete
  2. http://intanmaizura.blogspot.com
    jengah dr BA link

    ReplyDelete
  3. sedihnya kisah ni mak dara..begitu tragis ye kemalangan tu..memang menghayat hati bila kita tengok sesuatu kejadian kemalangan jalanraya dan melihat makanan yg bergelimpangan..

    ReplyDelete
  4. yup memang sangat sedih.. Sampai hari ni kalau anak sulung Mak Dara minta buat cekodok pun masih boleh teringat dengan kisah ni.. :(

    ReplyDelete
  5. Al fatihah...Cekodok?? teringat pulak pada blogger yg nama cekodok tu...

    ReplyDelete