Thursday, March 31, 2011

... DALAM BOTOL

Suami Mak Dara sekarang sedang menjalani Master Class Penulisan Skrip yang dianjurkan oleh Finas. Yang datang mengajar di Master Class tu adalah pengarah hebat dari Indonesia iaitu JOKO ANUAR. Dialah yang menulis skrip dan mengarahkan filem JANJI JONNY, filem KALA dan beberapa buah filem lagi dan telah memenangi beberapa anugerah hebat di luar negara seperti di Berlin dan Sundance Festival. Difahamkan yang menyertai Master Clas itu juga bukan calang calang orangnya. selain suami Mak Dara, Sofea Jane, Rashidi Ishak, Raja Azmi, Wan Raja dan beberapa lagi penulis skrip, pelakon dan pengarah terhebat tanah air.

Maka semalam Puan Raja Azmi nak belanja semua rakan rakan yang menyertai Master Class untuk melihat filemnya ... DALAM BOTOL. Maka suami Mak Dara bawa le Mak Dara bersama sama. Semua berjumpa di TGV Wangsa Walk Mall dan terus masuk kedalam panggung dan menonton filem terbaru dari Raja Azmi ini.


Memang lain dari yang lain. Filem ini penuh dengan mesej mesej. Di setiap bait bait dialog yang diucapkan terdapat mesej tersirat dan tersuratnya. Memang kenalah filem ni dengan masalah gejala sosial yang banyak berlaku sekarang. Semoga yang menontonnya mendapat pengajaran dari filem ni. 

Banyak juga yang review dan mengkritik tentang filem ni. Bagi Mak Dara itu semua pendapat masing masing dan kita harus hormati pendapat mereka. Namun bagi peminat "art movie" macam Mak Dara pasti akan menyukai filem ni. Lain orang lain citarasanya kan =) Mak Dara rasa filem ini memang filem terbaik dari Raja Azmi. Tahniah kepada Raja Azmi all the cast and crew juga.. 

Mak Dara bersama hubby, Raja Azmi producer filem ... DALAM Botol, Raja Wan, pelakon ... DALAM BOTOL, Gambit, Joko Anuar penrah filem "JANJI JONNY" dan teman teman hubby yan lain sedang diner selepas menonton filem ... DALAM BOTOL di TGV di Wangsa Walk Mall.
 
hubby Mak Dara with Raja Azmi dan Wan Raja 
penerbit dan pelakon filem ... DALAM BOTOL

Mak Dara with JOKO ANUAR pengarah filem terkenal Indonesia

my hubby with JOKO ANUAR pengarah filemJANJI JONNY
Semalam Raja Azmi beritahu yang filem ini dah mencecah kutipan 1.3 juta.. Tahniah!! Jadi bagi yang belom menonton filem ni pergilah menonton yer. =)

6 comments:

  1. best ek mak dara...
    sebab be4 ni film dia kan agak kureng sikit...
    kena tengok ni kalau mak dara dah kata best.....

    ReplyDelete
  2. best ke cter ni.. cter gay ek.. cm xminat jerk... :)

    ReplyDelete
  3. muda lagi dan simple je yek joko anuar nih..ingat dah tua dan nmpk pemikir ala2 uwei tu..sempoi jek..

    ReplyDelete