Friday, March 11, 2011

TSUNAMI DI JEPUN MUNGKINKAH AKAN TERKENA DI MALAYSIA


Ya Allah.. Terkejut bila mendapat tahu tentang Tsunami yang terkena di Jepun siang tadi. Mak Dara dapat tahu pun masa Mak Dara keluar jalan jalan dengan adik Mak Dara di Sungai Wang dan ketika adik Mak Dara nak update status Facebooknya menggunakan BBnya. Tengok banyak orang update tentang tsunami di status dioarng. Kamipun terus balik kerumah.

Bila balik ajer sampai rumah, tengok suami Mak Dara tengah tengok berita di TV. Bertambah terkejut melihat berita dan melihat kemusnahan yang melanda negara Matahari Terbit itu.


Teringat lagi ketika Mak Dara ke Sapporo, Hokaida dan Hiroshima di Jepun pada 2007 dahulu. Pasti beberapa tempat yang pernah Mak Dara pergi itu telah habis terkena Tsunami.


Tadi pulak Mak Dara baru saja ditag oleh teman FB Mak Dara iaitu Chef Faizal. Katanya kawannya baru aje tweet di tweeter mengenai kemungkinan Tsunami dijangka akan melanda Sabah dan Labuan pada petang ini dan mengingatkan supaya mereka yang berada berhampiran kausan perairan pantai untuk tak berada di kawasan pantai..



Entah apa kah nasib teman Mak Dara yang berada di Sapporo iaitu Junjiro Kodoma dan isterinya.. Mak Dara cuba berhubung dengan mereka di Facebook namun gagal. Moga mereka selamat.. Mak Dara mendoakan semoga negara kita dijauhkan dari bala bencana ni..

6 comments:

  1. huh tak sangka betul , kat sini hujan tak henti2 .

    ReplyDelete
  2. Peristiwa lama datang kembali..

    ReplyDelete
  3. smoga kenalan mak dara tu selamat, insyaAllah. seram sejuk tgk video tu..

    ReplyDelete
  4. hmmm....
    takut dan insaf.
    mudah mudahan kita semua dilindungi olehnya.
    amin.

    ReplyDelete
  5. sYafIk-wAy: kat mana tu?
    Jamiel: betul tu..
    Dawa: syukur alhamdullilah baru jer dpt balas komen dgn dia katanya di Sapporo tak berapa teruk
    TP: mudah2an.. aminn

    ReplyDelete
  6. jom share.. kt my blog ada citer sket psl e'quake ni. sket je la. cuak giler becos Mr. Hubby ada kt Taiwan (T_T).

    ReplyDelete