Mak Dara dan suami merupakan antara teman allahyarham Seri Bayu. Sebaik mendapat berita tentang pemergian arwah, Mak Dara dan suami terus berdesup ke Pord Dikson ke rumah keluarga angkat arwah untuk menziarah allahyarham.
Mak Dara tiba di rumah keluarga angkat arwah
arwah Seri Bayu di kelilingi oleh keluarga angkatnya
keluarga angkat yang tidak putus putus membaca surah yasin untuk arwah
Mak Dara dan suami tiba di rumah keluarga angkat arwah pada pukul 11 malam. Setibanya di sana Mak Dara dapati keluarga angkat dan beberapa rakan arwah sudah berada di sana. Bacaan yasin tidak henti henti dibacakan oleh keluarga angkat arwah.
Tidak lama selepas itu penyanyi Fauziah Latiff tiba untuk melawat arwah. Fauziah Latif antara penyanyi yang mendapat khidmat arwah didalam penulisan lirik lagu lagu hits nya
Fauziah Latif menziarah arwah
Tidak ramai yang datang melawat allahyarham malam itu. Namun alhamdullilah allahyarham dikelilingi oleh keluarga angkat yang amat menyayanginya.
Malam itu Mak Dara dan suami bermalam di Tiara Beach Resort kerana mahu menghadiri majlis pengkebumian allahyarham Seri Bayu keesokkan harinya.
Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya dan meletakkannya dikalangan orang orang yang beriman.. Al Fatihah
Maaf kalau nak tanya.. kat mana keluarga kandung arwah? sedih pula
ReplyDeletesalam takziah utk blog citarasa rinduan utk ahli arwah..
ReplyDeletehttp://ruhayurazali.blogspot.com/2011/04/salam-takziah-atas-pemergian-penulis.html
sangat2 sedih bila mak dara katakan tak ramai sahabat yang hadir..mujurlah arwah ada keluarga angkat yang mulia
biler teringat keysah sri bayu ni sis...teringat pulak...cam kater The Lekat Lekit Story....mana family kandung dier...and ...ermmm....maner ex wife or maybe still wifey dier... takkan ler tak keysah langsung nak tengok atau ziarah arwah....
ReplyDeletehu hu hu.... sorry kalau soalan ni sensitif...tapi... cam commons sense la kan sis? orang luar pulak (i mean keluarga angkat) pulak yang lebih responsible or bertanggungjawab....dunia dunia... :(
Al-Fatihah.semoga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeleteSadis klu kita ikuti kisah aruah ni..Al-Fatihah utk aruah...:(
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteal-fatihah bt beliau.