Monday, April 18, 2011

BEN ASHAARI BIKIN FILEM : THE BLOGGERS

BEN ASHAARI BIKIN FILEM : THE BLOGGERS

  1. Letak header ben ashaari blog .DONE
  2. Tajuk : BEN ASHAARI BIKIN FILEM : THE BLOGGERS dan linkkan ke entri ini .. Kemudian letak letak gambar tersebut ..DONE
  3. Korang dikehendaki mereka sebuah filem berdasarkan gambar dia atas .. Para pelakon / watak adalah blogger yang korang kenali .. Tulis nama dan linkkan ke blog mereka ... Ada 9 watak dalam tu bermakna 9 blogger ... Sila jelaskan kenapa blogger itu menjadi pilihan korang ... Kemudian buat satu cerita berdasarkan gambar dan watak tersebut .. Pandai pandai la korang eh .. Mesti lebih 4 perenggan dan tidak kurang dari 100 patah perkataan .. Yang tidak menepati piawaian , tidak akan di senaraikan ! OKeh ..DONE
  4. Sudah siap , sila tinggalkan link url korang ke ruang komen ini .. .DONE
Watak dan perwatakkan.
1) MARTIAS ALI
2) MEGGIBOY
3) TOP IMAGINE
4) SANDRA AZWAN
5) SUARA BAWAH TANAH
6)MOHD HANIFAH
7) SALAH KA?
8) ! KURASAKAN SOMETHING
9) FAIZAL ADRI

Mak Dara memilih semua blogger blogger diatas sebab setiap sorang dari mereka memiliki kekuatan yang amat luar biasa.. Dalam dunia blog dan juga dan juga di luar dunia maya. Memang dalam dunia perfileman memerlukan orang yang luar biasa dan mempunyai aura. Maka memang le tepat semua yang Mak dara pilih ni. Mak Dara ada dua versi untuk Filem Ben Ashaari ni hehe.. terlebih Idea..

VERSI 1

Filem ini mengisahkan tentang Siew Ling seorang remaja cina yang amat meminati seni khat. Ini membuatkan ayahnya Siew Boon naik berang, ini kerana kredibilitinya sebagai seorang penulis kaligrafi cina yang termasyur tercalar. Sudah berkali kali Siew Boon meminta supaya Siew Ling mempelajari seni kaligrafi namun Siew Ling enggan. Menambahkan kemarahannya apabila dia mengetahui bahawa Siew Ling telah terpikat kepada cikgunya yang mengajar seni khat kepadanya iaitu Cikgu Martias.

Siew Boon kini berusaha memisahkan anaknya dari Martias. Martias mempunyai teman karib iaitu MeggiBoy, Suara Dari Tanah dan Salah ka? Mereka kasihan dengan kisah cinta Martias itu namun mereka tidak dapat membantu teman mereka itu. Pelbagai rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh Siew Ling dan Martias.

Faizal Adri pembantu kepada Siew Boon dalam diam diam menaruh perasaan cinta pada Siew Ling. Dia amat memusuhi Martias kerana berjaya merampas cintanya dari Siew Ling. Kini Faizal Adri tekad untuk melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Siew Ling.Dia meminta bantuan teman temannya iaitu Ku Rasakan Something dan Sandra Azwan ungtuk membantu menghapuskan halangan cintanya itu

Top Imagine teman baik kepada Siew Ling amat kasihan dengan nasib dan musibah yang menimpa Martias dan temannya itu. Dia tahu akan niat jahat Faizal Adri dan cuba membantu Siew Ling namun gagal. Akhirnya Martiasterkorban apabila dia cuba mempertahankan Siew Ling dari diganggu oleh Faizal Adri, Kurasakan Something dan Sandra Azwan. Dan akhirnya Siew Boon menyedari bahawa cinta Siew Ling dan Martias adalah suci. Dia menyesal kerana termakan hasutan Faizal Adri. Di akhirnya Siew Ling menerima tulisan khat terakhir yang ditulis oleh Martias sebelum dia terkorban. Khat yangmeluahkan perasaan cintanya kepada Siew Ling

VERSI 2

Filem ini mengisahkan tentang seorang mafia terkenal di Kuala Lumpur iaitu MARTIAS ALI Dia amat terkenal dengan kekejamannya. Tiada sesiapa berani memasuki kawasannya. Martias mempunyai ramai pengikut namun yang paling setia adalah TOP IMAGINE, SUARA BAWAH TANAH dan MOHD HANIFAH. Kumpulan MARTIAS ALI amat dimusuhi oleh kumpulan mafia yang diketuai oleh SANDRA AZWAN. Sandra Azwan juga memiliki pengikutnya yang setia iaitu SUARA BAWAH TANAH, SALAH KA? ! KURASAKAN SOMETHING. Mereka mencuba pelbagai cara untuk menjatuhkan kumpulan Martias Ali itu namun semuanya gagal.

Satu hari Martias Ali telah secara tak sengaja bertemu dengan Santy gadis yang amat cantik dan penuh dengan sopan santun. Hati Martias Ali terpaut. Martias Ali dan kumpulannya terkejut apabila mengetahui bahawa Santy adalah anak kepada seorang Ketua Polis iaitu Encik FAIZAL ADRI.

Martias terus menyamar menjadi seperti seorang kerani biasa bagi memiliki cinta Santy dan akhirnya Santy percaya akan Martias Ali dan mereka sama sama jatuh cinta. Namun ayah santy seakan was was dengan identiti sebenar Martias Ali dan cuba menyelidik. Kisah cinta antara martias Ali dan Santy ini sampai kepada Sandra Azwan. Sandra Azwan menyuruh kuncu kuncunya menculik Santy dan terus mengugut supaya Martias ALi menyerahkan semua kawasannya kepadanya dan mengugut supaya Martias Ali undur diri sekiranya dia mahu Santy selamat. Oleh kerana terlalu cintakan Santy Martias setuju. Ini membuatkan semua pengikut Martias Ali yang merasakan diri mereka telah dikhianati oleh ketua mereka sendiri.Maka pertempuran terus berlaku antara kumpulan martias Ali dan Kumpulan Sandra Azwan.

Terkejut dengan kehilangan anaknya Tuan Faizal Adri terus menyiasat dan terkejut apabila mengetahui identiti sebenar Martias Ali. Dia terus menjejak anaknya .Akhirnya Tuan Faizal Adri tiba bersama beberapa pasukan Polis namun segalanya telah terlambat kerana Martias dan juga Santy telah terkorban apabila masing masing cuba menyelamat sesama sendiri dari terkena tembakan Sandra Azwan..

TAMAT hehehe


19 comments:

  1. yahoooo.. dabedabeduuuuuuuuuu.. topimagine jadi pelakon tambahan... hahaha :)

    ReplyDelete
  2. mak dara..thanks sudi singgah blog kiter.. teruja.. artis kan mak dara ni..hehehe.. kalau bab reka cerita/tulis skrip serah je kat Mak Dara ni.. memang expert.. chaiyok2!!

    ReplyDelete
  3. best tapi agak memeningkan sebab susah sangat namenya

    hahhahhahahha,gud gud

    ReplyDelete
  4. Macam best je citer nie....wow, i jadi ketua mafia la..geng suara bawah tanah! cool

    ReplyDelete
  5. tu dia bila penulis skrip yang sebenar buatkan jalan cerita..heheheh

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan & gud luck mak dara
    (^___^)~

    ReplyDelete
  7. wow !!!!!!
    seronoknyee baca filem ni . bile nak kuar panggung. hehehe :)

    ReplyDelete
  8. memang power la mak dara yg wat citer...
    byk pengalaman da kan wat skrip...

    ReplyDelete
  9. memang power la mak dara yg wat citer...
    byk pengalaman da kan wat skrip...

    ReplyDelete
  10. memang power la mak dara yg wat citer...
    byk pengalaman da kan wat skrip...

    ReplyDelete
  11. Salam.
    Ingatkan mak dara nak bagi saya skrip .. hehehee

    ReplyDelete
  12. best cite mama wat. biasel.. mama kn writerr

    ReplyDelete
  13. kreatipnya sis! tak terjangkau dek akalku ini..

    gud luck!

    ReplyDelete
  14. comelnya, dapat belakon tol tol best nie sis :)best best best

    ReplyDelete
  15. terbaik dow mak dara..

    memang telented dalam penulisan skrip..

    ble bwat filem dh..pelakonnya bloger2..hehe

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK