2 hari telah berlalu. Sekarang baru Mak Dara ada masa nak upload gambar gambar di hari pengkebumian teman Mak Dara dan suami iaitu allahyarham Seri Bayu. Mak Dara ingin berkongsi gambar gambar di hari pengkebumian ini kepada teman teman bloggers. Ini kerana tidak ramai sahabat handal, teman teman jauh dan dekat yang menghadiri hari pengkebumian allahyarham.
Syukur alhamdullilah keluarga allahyarham datang jua pada hari pengkebumian allahyarham. Ibu, adik, bekas isteri pertama, bekas isteri kedua dan anak anak arwah sempat memberi penghormatan terakhir pada arwah..Cuma anak bongsu arwah yang kini berada di Sarawak tidak dapat hadir melihat pemergian ayahnya itu. Namun... Syukur alhamdullilah kerana ahli keluarga berada di sisi sehingga tamat pengkebumian allahyarham. Dapat dirasai rasa kesedihan dan kehilangan pada mereka.
jenazah dibawa keluar dari rumah keluarga angkatnya di PD
jenazah allahyarham di masukkan ke dalam van jenazah
van jenazah menuju ke tanah perkuburan
Jenazah allahyarham Seri Bayu sedang dikebumikan
antara yang hadir di hari pengkebumian allahyarham Seri Bayu
Dato Fredy Fernandes turut hadir memberi penghormatan terakhir
ibu,anak serta bekas isteri isteri allahyarham
Penyanyi Shida di hari pengkebumian allahyarham
suami Mak Dara, Martias Ali sedang berbual bersama Dayang Erema
(bekas isteri kedua allahyarham)
pusara allahyarham Seri Bayu
Marilah sama sama kita sedekahkan al fatihah kepada allahyarham Seri Bayu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH..
salam takziah... hope ramai lagi pelapis yang berbakat cm arwah kn..
ReplyDeletesalam takziah....tapi post mak dara berbaju kurung bertudung tu memang pheeewiiitttttttttt...!!!! cantekkk....
ReplyDeletesalam takziah dan alfatihah utk beliau, terhapus segala masalah yg melanda dirinya, moga dia aman disana.
ReplyDeletealfatihah..akhirnya berakhir jugak penderitaan dia, semoga dia tenang di sana
ReplyDeleteal-fatihah...
ReplyDeletehai kak, jenguk sini..ngee
semoga rohnya di cucuri rahmat..amin..
ReplyDelete