Saturday, April 2, 2011

Genap Setahun Pemergian Allahyarham Din Beramboi

Pejam celik pejam celik terasa sekejap bagi kita tapi rupa rupanya telah genaplah pemergian Allahyarham Din Beramboi. rasanya macam baru ajer arwah meninggalkan kita. Pagi kelmarin sedih juga Mak Dara bila mendengar radio ERA. Selalunya radio era penuh dengan suasana ceria dan gumbira namun pagi itu suasana sama sekali bertukar apabila ada segmen “Tribute to Din Beramboi dan mengimbas kembali drama sebabak bersama allahyarham din beramboi. Fuhh sungguh sedih.. Itu kita.. Bayangkan perasaan anak anak isteri dan keluarganya.. Fuhh pasti lebih sedih dari kita..

pusara allahyarham Din Beramboi

Mak Dara hanya sempat mengenali Allahyarham Din Beramboi ketika arwah berlakon dalam Filem SHHH.. DIA DATANG arahan pertama Saiful Apek. Skrip filem ni Mak Dara dan suami yang tulis jadi kami selalu le kena ke set lokasi penggambaran. Arwah memang seorang yang happy go lucky dan sungguh lucu..

 Filem SHHH.. DIA DATANG

Tapi sayanggggg sangat.. Filem ini tak dapat ditayangkan di pawagam kerana pihak Producer ada sedikit Masalah.. Memang amat sayang sekali kerana 2 orang pelakon filem ini telah kembali kerahmatullah tanpa sempat melihat hasil kerja mereka ditayangkan. Mereka adalah Allahyarham Din Beramboi dan Allahyarham Shukeri Hashim..

Mak Dara dan suami sempat ke pengkebumian arwah. Suasana di sana amat pilu dan sedih. Bertambah sedih apabila melihat anak bongsu arwah dipangkuan isterinya.
Mak Dara@ majlis pengkebumian allahyarham din beramboi..
pak nil memberikan penghormatan terakhir kepada sahabat karibnya..
Pak Nil sedang ditemuramah oleh wartawan

In Memory of Din Beramboi ( 1966 - 2010 ) Al-Fatihah
Suami Mak Dara sedang memberi penghormatan terakhir
di pusara allahyarham Din Beramboi

Semoga roh mu diletakkan di kalangan org2 yang beriman.. Al fatihah... U will be missed abg din

5 comments:

  1. paleng suka nengok arwah dalam rancangan spontan kt astro... sempoi gler :)

    ReplyDelete
  2. akak pernah berceloteh dgn paknil dan arwah dlm talipon..utk rancangan apa..dah lupalah kat era tu..kononnya akak dgn arwah jadi suami isteri..si isteri nak mintak duit belanja lebih sbb harga brg naik..duk tgh sedap berdialog sepontan tu..tetiba arwah terpangil akak sayang..heee..nasib baik ler utk on air..dialog tu tak de...

    ReplyDelete
  3. Sedih pun ade kalo teringat kembali kenangan arwah.. :(

    ReplyDelete
  4. bila tgk spontan rasa sedih je..

    ReplyDelete
  5. mengenali arwah sejak sekolah lagi sebab memang minat dia masa dj kat thr.. riuh rendah konti biarpun hanya dia seorang jer bertugas.. watak shasa, lim tat tat.. atuk ipin & banyak lg memang menghiburkan. Alfatihah buat arwah din beramboi

    ReplyDelete