Pasti ada yang pening baca tajuk Mak Dara ni kan.. Sebenarnya Mak Dara sendiri pun pening kekekeke..
kisah dia macam ni... Petang tadi, macam biasa.. lepas habis jer buat satu entry terus le Mak Dara pingkan entry terbaru Mak Dara tu di beberapa group di Facebook yang menawarkan tempat untuk mempromosikan entry entry dari para blogger.. Tetiba baru Mak Dara sedar yang Mak Dara dah ditendang keluar dari satu group ni.. Tak perlulah Mak Dara beritahu apa nama group tu.. Tapi memang group itu bertujuan untuk para blogger pingkan entry entry mereka. Hairan betul.. Kelaka pun ada hehehe..
Walaupun memiliki ahli hanya 200++ tapi group ni memang bagus. Itu Mak Dara tak sangkalkan.. Masa Mak dara nak join group ni hanya mengambil masa 3 saat je nak approve..So hampir setiap hari mak Dara pasti akan pingkan entry Mak Dara termasuklah group ni.. Tetiba hari ni kena tendang keluar.. Buatkan Mak Dara pikir.. Apa salah aku ek? Ada letakkan entry melampaui batas ke? tak.. post yang berbaur lucah ke? tak jugak..
Pikir punya pikir baru Mak Dara dapat tahu kenapa Mak Dara ditendang keluar.. Polisi utama group ini adalah mereka mengHARAMkan sesiapapun yang ping entry dan keluar tanpa beramah mesra.. Mak Dara baru je perasan undang undang diorang tadi.. Manalah Mak Dara tahu, sebab selama dok ping entry entry di beberapa group yang lain tak ada pulak undang undang macam tu..
Sedahsyat dasyat group KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang mempunyai 9,084 ahli pun tidak meletakkan sebarang syarat atau undang undang sebegitu.. malah tag line BA sempoi.. "Anda boleh mempromosikan blog anda disini tanpa rasa bersalah....sila sila..." .
So.. Takper.. Mak Dara tak ambil hati langsung.. Takde sikit pun perasaan marah.. Memang Mak Dara bersalahhhh dan telah melanggar undang undang anda dan Mak Dara mengaku salah.. so memang layak ditendang keluar oleh adik adik sekalian.. All the best adik adik semua...Semoga group adik adik tu maju jaya ye..
sabar2... sabar mak dara...hehe
ReplyDeletehehehe .. Mak Dara tak marah langsung pun dik.. dah salah kenalah bertanggungjawap kan hehehe
ReplyDeletesaya tahu saya tahu saya tahu...hahah...
ReplyDeletetak pernah ping entry kat mana-mana....1kali je kat kelab abg ben... <---- sbb tu kot tak ramai yg datang blog saya...huhuhu
Nur: mak dara pun baru2 ni jer mula belajar2 ping entry itu pun sbb Mak dara ikut tips tip untuk mempromosikan blog hehe
ReplyDeletemelampau laa kalu mcm tu kan.. tp ada satu group tu dia sediakan satu page khas utk ping entry :)
ReplyDeletetakpe lah mak dara, banyak lagi tempat yg boleh ping entry kan. hehe =)
ReplyDeletemak dara, jemput join KOMUNITI GILA BLOG....heheheehe.... group blogger jugak....
ReplyDeletesabo jela... hehe
ReplyDeleteTakpelah mak.Ping kat ping pong je. =)
ReplyDeleteJangan marah tau!Mak tak ping pun ramai yg masuk jumpa mak.