AJK Mesyuarat Tingkap

Friday, April 22, 2011

OPERASI GUGUR!

Mak Dara baru je selesai menonton tirai akademi fantasia kejap tadi.. Akceli minat Mak Dara nak tonton akademi musim yang terakhir ni idok le berbunga bunga seperti musim musim yang sebelumnya ni.. Tapi minggu ni Mak Dara tertarik dengan OPERASI GUGUR yang diperkenalkan oleh Akademi Fantasia.. Satu kelainan.. So tertarik le balik nak tengok benda yang baru kan.. contohnya kalau hari hari makan nasi dengan ikan kering.. sesekali nak jugak rasa pizza kan .. errr apa kena mengena ikan kering dengan operasi gugur ni? hehe layanzz aje la ye..

Tapi Mak Dara rasa tak berapa best dengan apa yang Mak Dara tengok tadi.. Kesemua pelajar AF seakan menyampah dengan 4 calon pelajar yang bakal menggantikan tempat mereka tu.. Yelah memang Mak Dara faham.. Dok elok elok tetiba ada orang nak caras peluang kita untuk berjaya sure bengang punyakan.. Tapi cubalah fikir balik ini semua adalah yang dirancang oleh Astro. So bagi Mak Dara 4 calon peserta tu tak bersalah dan tak perlualah dibenci sebegitu sekali.. Dah Astro offer takkan keempat empat calon pelajar ni nak tolak kan... So.. Chill adik adik.. Insyaallah kalau dah ditakdirkan korang  menang..walau berapa pun calon yang dibawa masuk.. atau berapapun operasi gugur yang akan dilakukan , pasti kejuaraan ittu tetap akan jadi milik korang jugakkan.. Just tumpu dan buat yang terbaek esok.. Tak payah tension tension yer =)

p/s: Mak Dara harap Fina masuk le sebab suara dia memang terbaikkkk... sempat jugak tu ada iklan hehehe

2 comments: