Saturday, April 2, 2011

SERI BAYU Dimasukkan Di Hospital PD

Teman Mak Dara dan suami Abang Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik yang merupakan seorang komposer penulis lirik yang terkenal satu ketika dulu kini telah dimasukkan ke hospital di Port Dikson. Berita ini disampaikan oleh Nazira Ghani penyanyi baru yang mendapat lirik istimewa dari Abang Seri Bayu untuk sebuah lagu untuk single album terbarunya yang akan dikeluarkan tak lama lagi.

Bagaikan baru aje 4,5 hari lepas Mak Dara dan suami menemuinya di Concord Hotel Sah Alam. Memang terkejut Mak Dara melihat keadaan Abang Bayu. Jelas kesakitan yang dialaminya. Dia tidak lagi mampu berjalan mahupun bergerak tanpa bantuan. Pertuturannya pun sukar untuk difahami. Syukur alhamdullilah Nazira dan keluarga sudi menerima Abang Bayu dan menjaganya di rumah mereka.


Abang Bayu meminta untuk bertemu suami Mak Dara, Martias Ali untuk meminta suami Mak Dara mengarahkan video klip untuk Nazira. Katanya lagu yang ditulis lirik olehnya itu adalah lagu terakhir darinya. Mak Dara menahan aje air mata bila mendengarnya.

Semoga Abang Bayu sembuh segera. Semoga kita dapat menjayakan video klip ini bulam Mei nanti insyaallah.. Mari sama sama mendokan kesihatan Abang Seri Bayu ya.

1 comment:

  1. ksian die..dugaan besar buatnye..tabahkan hati wahai insan..dulu ditinggalkan isteri...

    jom baca
    :.Wajib Baca** Tauladan Untuk Suami Isteri Yang Selalu Bergaduh... **

    ReplyDelete