Wednesday, April 6, 2011

Tahniah.. Pelakon Imuda Mendapat Anak Lelaki

Tahniah.. Mak Dara nak ucapkan kepada pelakon Imuda kerana baru sahaja menimang cahayamata baru . Isterinya baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki beberapa hari yang lalu.


Ini merupakan anak pertama hasil perkahwinan kedua Imuda dan isterinya Zabarina Haja Mushadi Ali,yang merupakan adik angkatnya suatu masa dahulu. Dan merupakan anak ketiganya jika dikira secara total.

Imuda pernah mendirikan rumah tangga pada 1994 dengan Rozalina Rosli dan bercerai sepuluh tahun kemudian. Pada 23 Disember 2008 bekas isterinya itu meninggal dunia akibat barah payu dara. Imuda mempunyai 2 orang cahayamata bersama bekas isterinya itu iaitu Raihana, 14, dan Raezal, 8.

Tahniah Abang Imuda. Comel aje gambar abang Imuda berpegangan tangan dengan baby boy abang tu. Pada yang nak tengok boleh le tengok gambar tu ada dalam facebook abang Imuda yer.

Mak Dara pernah bekerjasama dengan Abang Imuda semasa Abang Imuda berlakon dalam sebuah filem hasil skrip Mak Dara dan suami iaitu Filem SHHH.. DIA DATANG suatu ketika dulu. Filem ni dah lama siap.. Tapi sayangnya tak dapat ditayangkan di pawagam kerana syarikat produksi mengalami sedikit masalah. Memang sayang sangat dan bertambah ralat apabila dua pelakon yang menjayakan filem ini telah pun kembali kerahmatullah tanpa dapat melihat hasil karya mereka. Mereka adalah allahyarham Syukeri Hashim dan Allahyarham Din Beramboi..


trailer filem SHHH.. DIA DATANG


Tapi mungkin semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya kan.. Apa apapun Mak Dara nak ucapkan tahniah sekali lagi pada Abang Imuda dan isteri semoga cahayamata yang baru ditimang itu membawa cahaya kebahagian kepada kalian.. Insyaallah..

6 comments:

  1. wah.. tahniah2.. kak, nak tanye siket leh... kn sebelom ne tangan imuda tu bengkak2 kn.. saket pe yerk.. n dah sembuh ke?

    ReplyDelete
  2. oh tu tak pasti pulak.. kalau dah sembuh syukur alhamdullilah kan..

    ReplyDelete
  3. bukan kencing manis ke?dah sihat nampaknya sekarang..tahniah dapat baby..

    ReplyDelete