Tuesday, May 10, 2011

Aimi Jarr Meninggal Dunia

Baru sebentar tadi suami Mak Dara mendapat SMS dari rakannya memberitahu bahawa Aimi Jarr telah meninggal dunia. Terkejut kamai mendapat berita itu.





Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar@Abdul Majid Bin Puteh adalah seorang pelakon dan menulis skrip semenjak tahun 1962. Pernah memenangi anugerah 'Penulis Lakon Layar Terbaik(Festival Film Malaysia ) . Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dirumahnya di Taman Melawati Kuala Lumpur.

Mak Dara teringat lagi semasa Mak Dara baru lepas SPM Mak Dara ada melanggan BELAJAR BERLAKON melalui pos oleh Aimi Jarr. Berbekalkan naskah yang dibeli daripada allahyarham menguatkan semangat untuk Mak dara datang ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib dalam bidang seni ini... Kini arwah hanya dalam kenangan...

dihadapan rumah allahyarham Aimi Jarr sekarang.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Klang Gate selepas Zohor hari ini.. Mari kita sama sama sedekahkan al fatihah kepadanya.. AL FATIHAH....

10 comments:

  1. innalillah...semoga arwah ditempatkan di kalangan org² yg beriman...takziah utk keluarga arwah...al-fatihah..

    arwah sakit ape kak?...

    ReplyDelete
  2. alfatihah.. satu lagi kehilanganpermata berharga dunia seni tanah air kita kan :(

    ReplyDelete
  3. alfatihah.....last sekali tgok arwah berlakon drama sembilu..

    ReplyDelete
  4. Alfatihah utk arwah..Sakit ape kak?

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah. Moga rohnya di cucuri rahmat.

    ReplyDelete
  6. alfatihah..

    kalau tak silap, last nmpk arwah dlm cerita gemilang last episod

    ReplyDelete
  7. akak pegi ke tadi
    tak jumpe plak
    saya baru balik dari melawat
    alfatihah..

    ReplyDelete
  8. Allahyarham dikata terkena serangan jantung.. Al fatihah... :(

    ReplyDelete