Wednesday, June 1, 2011

ANAK

Di satu kawasan tanah gersang, di bawah terik mentari, beberapa insan kelihatan mengendong anak. Namun, seorang wanita meratapi kematian anaknya yang baru saja dikebumikan. Apa yang berlaku menimbulkan pelbagai persoalan di kotak fikiran. Apakah yang sebenar terjadi kepada anak itu. Lebih menghairankan, tiada sebarang tumbuhan seperti pokok kelihatan di sekitar bandar raya. Apakah situasi ini adalah gambaran masa depan dunia menuju kemusnahan akibat pembangunan pesat?


Segala apa yang berlaku menjadi plot yang ingin disampaikan menerusi filem pendek ANAK, arahan Martias Mohd Ali iaitu suami Mak Dara hehe dan terbitan oleh En Amru Najmi dari syarikat Two Tones Sdn Bhd. Berbeza di dunia realiti, karya suami Mak Dara kali ini secara simbolik menggambarkan kemusnahan alam sekitar merujuk kepada isu pemanasan global. isu yang ingin diketengahkan membawa mesej penting setiap anggota masyarakat perlu menjaga alam sekitar. Menyampaikan isu global ini pada penonton, anak dijadikan subjek yang sebenarnya adalah pokok. Mungkin ada yang terpinga pinga dan tak faham apa yang Mak Dara maksudkan.. Kalau nak lebih fahami tontonlah filem pendek ini ya =)



Dah tengok? Apa pendapat anda tentang filem pendek ini ? =)

3 comments:

  1. Movie ni memang suspen dan seram. Saya dah tonton. Taknak komen lebih-lebih nanti korang tak feel pula.

    ReplyDelete
  2. lor ye ke suami mak dara yang buat...
    mmg best la...cousin kite pon ade turut same blakon lam ANAK ni...

    ReplyDelete