Saturday, May 28, 2011

Belakang Tabir Video Klip D'ADZA bersama Man Maharajalawak =)

Adoyaiii.. Dah berkurun rasanya Mak Dara tak duduk depan kamera.. Sekali semalam Mak Dara dan adik beradik Mak Dara (D'ADZA) kena shoot video klip untuk lagu APA KAU RASA bersama Man Maharajalawak.. Berderau jugak darah ni dibuatnya.. Tapi Man memang betul betul tarak sombong punya.. Memang best dan sempoi shooting dengan dia..

Video klip ini juga akan dimasukkan di dalam drama "MAN POS MASUK KAMPUNG" lakonan Man. Hari ni diorang akan sambung shooting di Terengganu.. Ni beberapa gambar di belakang tabir Video Klip D'ADZA lagu APA KAU RASA bersama Man=)

Adza Rina adik Mak Dara sedang dimakeup

Krew penerbitan sedang set up set

Mak Dara tengah buat rambut sambil adik adik yang lain tenggah tunggu untuk dimakeup

Abang Yusof Kelana (director) sedang bincang bersama
Adza Yanie(kakak Mak Dara) dan Mak Dara

Abang Yusof sedang bincang bersama Adza tuty(adik) Adza Yanie & Mak Dara

D'ADZA bersama Man Maharajalawak posing sebelum mula shooting =)
(Mak Dara paling kanan hehe)

Ini gambor gambor sebelum mula shooting... Nanti nanti Mak Dara upload pic yg tengah shooting ye =)

6 comments: