Monday, May 9, 2011

BIAR RAHSIA

Hi uols... Ni Mak Dara nak habaq mai... Kalau free free tu tontonlah drama bersiri bertajuk "BIAR RAHSIA" yang akan ditayangkan di RTM1 pukul 9:00 malam nanti dalam slot MAHLIGAI.. Skrip drama ni ditulis oleh Mak Dara, suami mak dara Martias Ali dan adik Mak Dara iaitu Adza Nasya emie..



Skrip drama bersiri ini adalah skrip yang ke 31 pernah Mak Dara tulis.. drama ni pernah ditayangkan pada tahun 2008 dan diulangtayang lagi pada tahun ni alhamdullilah.. Dibawah ni sedikit detail tentang drama ni ye..

Tajuk Drama: Biar Rahsia
Durasi: 26 episod
Skrip Oleh: Adza Irdawati, Adza Nasyaemie dan Martias Ali
Penerbit: David Teoh
Syarikat: Metrowealth Production (MIG)
Siaran: RTM1 (2008)

Drama bersiri 26 episod berjudul BIAR RAHSIA merupakan hasil penulisan skrip saya yang ke 30. Drama ini membariskan pelakon pelakon hebat seperti rusdi ramli, ijoy Azhari, Siti Fazurina, irma hasmi, fadzilah mansur, Rosnah Johari, Qazim nor dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan tentang kisah hidup pasangan kembar Danina dan dahlia. Atas desakan hidup memaksa Dahlia beridentitikan kakak kembarnya Danina yang sebenarnya telah meninggal dunia. Kerana takut berdepan kenyataan kehilangan anak dan suaminya, Dahlia memungkiri janji yang pernah diikrarkan dihadapan arwah kakaknya suatu masa dahulu.

Selamat menonton =)

7 comments:

  1. Salam Mak Dara...pelakon2 cam best2 jer...insyaAllah nengok nanti

    ReplyDelete
  2. bertumbung dgn juvana ke nie?? or ahad mlm??

    ReplyDelete
  3. Salam. Mak Dara yg tulis skrip ek.. Yun cuba tengok.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Salam. Mak Dara yg tulis skrip ek.. Yun cuba tengok.. ^_^

    ReplyDelete
  5. konpem pasti tgok sbb ada irma hasmie..hehehe :)

    ReplyDelete
  6. hurmmm...tak pernah tgk lagi cerita ni! ada kesempatan boleh tgk ni..

    ReplyDelete
  7. Hi guys.. sorry lambat reply.. Banyak sangat le pulak khoje sejak kebelakangan ni.. Terima kasih atas kesudian uols untuk menonton drama ni.. Mak Dara baru tahu yang drama ni akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga jumaat pada RTM1 pukul 9:00 malam.. kalau free2 tu tengok lah ye =)

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK