Thursday, May 19, 2011

Bila Para Suami Bercakap Tentang Saleh Yaakob.. Sang Isteri Mula Curiga

Nak tergelak jugak Mak dara bila dengar cerita dari kawan Mak Dara ni.. Kisahnya ada teman suaminya datang  bertandang kerumah mereka semalam.. Yelah disebabkan yang datang adalah rakan office pastu datang pulak nak bercerita tentang kerja maka kawan Mak Dara ni malas le nak duduk sama sama bersembang bersama mereka. maka teman Mak Dara ni membawa diri ke dapur dan siapkan le minum dan makan apa apa yang patut untuk tetamu yang datang tu, sambil sambil tu dia pasang le telinga mendengar perbualan mereka.

Tetiba tup tup kawan Mak Dara terdengar nama Saleh Yaakob timbul dalam perbualan suaminya bersama kawan kawannya tu. Wahh rupanya orang lelaki pun suka juga bergosip rupanya.. Ingatkan kaum wanita aje hehe.. Ok berbalik pada teman Mak Dara tu.. lepas dengar aje nama Salleh Yaakob terus le dia tarik muka dan naik kebilik sampai le semua tetamu suaminya tu balik. lalu sang suami pun naik hairan dan terus tanya kenapa dengan teman Mak dara yang tiba tiba jadi moody. Sang isteri jawap tadi tu cakap pasal Saleh Yaakob, tu mesti ada niat nak kawen lagi.. terus lah berdekah dekah ketawa suami teman Mak dara tu.. Katanya memang le diorang bercakap tentang Abang Salleh Yaakob dan tentang dia nak penuhkan kuato isteri isterinya tapi tak bermakna dia pun nak buat macam tu.. Terus kawan Mak Dara ni call Mak Dara dan citer kisah ni dan betapa dia jadi malu pada suaminya sebab mula berprasangka bila nama Abang Salleh masul dalam perbualan suami dan tetamunya tu.. 

Adusss kesian Mak Dara pada abang Salleh yaakob sebab sekarang para isteri mula takut apabila para suami mereka bercerita tentangnya kerana dikhuatiri suami mereka jugak akan mula berfikir untuk poligami adoyaii =p

7 comments:

  1. sedikit sgt perempuan yg rela berkongsi suami mcm isteri2 abg salih yaakob tu.. hubby sy pun dr dulu suka gurau camtu. walaupun kitorang biasa bergurau camtu.. tp kdg2 risau jugak kot2 dlm gurau dia serius.

    ReplyDelete
  2. hehehhehe tu lah kan.dgr radio sinar pon jenuh SY kena bahan.heheheh fenomena sungguh.

    ReplyDelete
  3. Suria..Kak Ida pun dalam kategori yg sama tak rela berkongsi hehe

    Rara: itulah kesian kat dia dah jadi bahan utk berguaru hehe

    ReplyDelete
  4. kalau dah ada pompuan serah diri mmg kawin dua la sang lelaki hehe. tapi yang utama mesti mampu dulu . jadi tak jadi hal nombor dua. jangan menyusahkan bini pertama dan anak2

    ReplyDelete
  5. kirenye slleh yaakop adalah pencetus semangat untuk para lelaki ni untuk berpoligamikan :)

    ReplyDelete
  6. TErbeLOG: betul tu jangan menyusahkan bini pertama dengan anak anak sudah le =)
    Top: dan pencetus FOBIA bagi para isteri hahahaha

    ReplyDelete