Thursday, May 19, 2011

# CASTING CALL - Nak Jadi Pelakon?

Salam semua.. Ok hari ni Mak Dara nak citer sikit tentang aktiviti Mak Dara di FB.  Mak Dara sebenarnya ada bukak satu group di FB bernama group CASTING (IN MALAYSIA ONLY) . Di sana terdapat banyakkkkk permintaan untuk mencari bakat bakat baru.. Namun Mak Dara nak tekankan disini bahawa Mak Dara bukanlah sebuah casting agency.. Mak Dara tidak mengambil sebarang fee, komisyen atau apa sekalipun yang berkaitan dengan wang.. Mak Dara tolong secara ikhlas dan percuma =) 


Maka hampir setiap hari pasti ada sahaja syarikat drama dan perfileman yang mencari pelakon dan akan dinyatakan di group Mak Dara tu.. Oleh itu Mak Dara terpikir.. Maybe ada antara rakan blogger Mak dara yang minat untuk jadi pelakon dan Mak Dara ambil keputusan akan membuat satu segmen.. Bukan segmen mcm BA tu ye.. Ni segmen # CASTING CALL.. bermakna Mak Dara akan war warkan setiap ujibakat ujibakat yang Mak Dara terima dari group CASTING mak Dara di FB tu dan akan dihebahkan di blog Mak Dara ni.. So pada yang berminat nak berlakon tu bolehle dapatkan detail terperinci tentang ujibakat tu dan bolehla pergi ujibakat2 tu ya =)

Ok untuk # CASTING CALL yang pertama ni Mak dara nak khaborkan kat sini yang Syarikat LUNCAI EMAS milik sifu M Nasir sedang membuat ujibakat untuk mencari pelakon pelakon baru bagi drama terbaru syarikatnya.. Pada yang berminat boleh tengok detail di bawah ye



Ujibakat bagi drama terbaru terbitan LUNCAI EMAS.

Drama bagi siaran Astro. Mencari pelakon-pelakon baru yang berbakat.
Dijemput hadir lelaki dan juga perempuan. 



Tarikh : 2 & 3 june 2011
Masa : 1 ptg hingga 6 ptg
Lokasi : Luncai Emas Production, sungai buloh. 
Contact : 0173473332 (sam)

Kepada yang minat boleh le hubungi di nombor di atas ye.. All the best!

14 comments:

  1. <----- seorang yang pemalu dan xsesuai ceburi dunia glamer ni... hahaha

    ReplyDelete
  2. hukhukhuk sape ada bakat sila..sila..

    nak casting ngan mak dara je boleh..watak air mata ahahaha
    ceq kan ati tisu ;p

    ReplyDelete
  3. wow..ala..muka xde pakejla..hehe

    ReplyDelete
  4. Mak Dara, kite nak la join casting2 ni tapi sebab kita bertudung macam terhad jeh rasa peluangnye..cmne?

    ReplyDelete
  5. heee kang nnti depan kamera asik nak gelakkk aja..
    takdok bakat le

    ReplyDelete
  6. Salam makdaraku,
    Tak dinafikan Casting/sesi ujibakat adalah tempat paling sesuai menguji kebolehan atau bakat kita dalam bidang lakonan. Tapi saya cadangkan sebelum casting masuklah kelas lakonan supaya diri kita lebih bersedia.

    ReplyDelete
  7. hehehehehe saya dah terlambat nak jadi pelakon sebab dah nak masuk warga KERTU dah ni.

    ReplyDelete
  8. err pengalaman setakat berlakon satu iklan je ada harapan tak? :-)
    waaa mak dara ni niat suci murni betul tak amik komisen, susah nak cari orang yang begini skrg dalam malaysia ni (puji ikhlas ni).
    thanks mak dara for the info.
    akan ku warwarkan pada kengkawan yg selalu berlakon depan bos kat opis ni hihihi.

    ReplyDelete
  9. best nya.. tp kerja membatas kan.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. guysssss... jangan le malu malu.. belum cuba belum tahu.. mana tau ada bakat terpendam yang belum tercungkil atau dicungkil lagi..

    Betul bagai yang dikata oleh saudara saddiq "sebelum casting masuklah kelas lakonan supaya diri kita lebih bersedia" haaa kalau uols semua nak tahu saudara saddiq ni abang kepada penyanyi terkenal si Ana Rafalli tu dan suami kepada pelakon terkenal Shariza Mahmud.. Mereka berdua ni ada mengadakan kelas lakonan.. Kalau nak tahu sila le ke blog mereka ya.. =)

    ReplyDelete
  11. Zaman dulu2, ade niat jugak nak jadi pelakon.......dalam mimpi jela..huhu

    ReplyDelete
  12. Teringin nak berlakon tapi macam tak ada bakat jer..Bakat tak turun kt anak yang sorang ni...Abah cakap,kalau betol betol minat usaha la sendiri..Haha :)

    ReplyDelete