Saturday, May 14, 2011

D'ADZA dijemput buat Video klip dengan Man Maharajalawak??

Al kisah.. sebentar tadi Mak Dara dapat sms dari suami Mak Dara, Martias ALi.. Ia berbunyi..

"28hb mei, pukul 10 pagi. shooting video clip APA KAU RASA
bersama MAN MAHARAJALAWAK
di The Strange Kota Damansara"

Mak ai... bior betul.. Khabarnya lagu APA KAU RASA akan dijadikan sebagai lagu montaj untuk drama bertajuk "MAN POS MASUK KAMPUNG" yang diterbitkan oleh Abang Yusof Kelana. Skrip drama ni suami Mak Dara yang tulis...hehe

Syukur alhamdullilah rejeki lagu ni.. Walaupun amat amat amat amat jarang diputarkan di radio tapi masih ada yang sudi nak jadikan lagu ni sebagai lagu tema untuk drama drama.. Seperti yang telah dibuat dalam drama bertajuk AKU, DIA & DIA yang ditayangkan pada bulan lepas..



Ishh macam mana le rupanya video klip tu nanti yer.. Tak sabar nak shooting hehe.. Alamak kene diet ni.. badan dah macam peti ais 2 pintu dah ni .. Ish apa nak pakai ni.. Ada yang sudi nak sponsor baju? hehe

Pada yang belum pernah dengor lagu APA KAU RASA.. sebenornye lagu ni dinyanyikan oleh Mak Dara dan 3 lagi adik beradik Mak Dara iaitu Adza Yanie, Adza Tuty & Adza Rina.. Kalau nak dengor lagu ni.. ceklik ceklik ceklik di SINI ye =)

5 comments:

  1. dah pernah dengar lagu tu tak silap soundtrack filem apek tu kan?? apapun tahniah.. Moga D'Azda makin mendapat tempat & di kenali lepas ni..

    TERKINI : HARUS MENGUMPAT KALAU..
    TERKINI : MUDA TAK SEMESTINYA BUJANG
    TERKINI : JANGAN DI KAIT ORANG YANG TELAH TIADA

    ReplyDelete
  2. bleh eqal ikot mama x sabtu tu? 28 hb cuti

    ReplyDelete
  3. waooo.....hebat mak dara....

    ReplyDelete
  4. Tahniah pada Adza, buat yang the best!!!

    ReplyDelete