Thursday, May 5, 2011

GULAGULA Yang Panasssss

Mak Dara , suami Mak Dara dan dan adik adik Mak Dara iaitu Tuty dan Rina baru saja balik dari majlis pelancaran album kumpulan GULA GULA di sebuah golf Club di Sri Damansara.


Mak Dara, Tuty dan Rina baru tiba

Sesampainya kami disana kami disambut mesra oleh Kak Jasmin Looi dan kami dibawa masuk kedalam . Di sana kami bertemu dengan Abang Hadi Hassan iaitu penerbit bagi album GULA GULA ini. Tidak lama lepas tu Majlis Pelancaran bermula. Gula Gula keluar dengan mendendangkan dua buah lagu terbaru mereka. lagu pertama ialah Lagu SUKA GITU dan lagu kedua adalah Kongkong. memang Panassss dan bertenaga persembahan mereka..
GULAGULA menyanyikan lagu SUKA GITU

GULAGULA menyanyikan lagu Kongkong
Setelah GULAGULA mendendangkan kedua dua buah lagu baru mereka itu sesi temuramah bersama para wartawan bermula.. Pelbagai soalan diajukan kepada kesemua ahli kumpulan GULA GULA, Abang Hadi Hassan dan juga En Habib yang merupakan pemilik syarikat JAMU MAK DARA yang menjadi penaja bagi kumpulan ni. Memang bertuah kumpulan ni belum album keluar tapi dah ramai yang sponsor. Dengar cerita Inner Shine pun ada sponsor diorang jugak.

GULA GULA, Abang Hadi & En Habib menjawap soalan wartawan

  Sesi temuramah Sesi temuramah

Abang Naz tidak lepaskan peluang untuk TERJAH.. =)

 Mak Dara bersama hadirin yang hadir di majlis itu

 
Mak Dara , Rina & Tuty


Bila ditanya tentang soalan tentang respon yang diterima oleh kumpulan GULAGULA ini, Abang Hadi Hassan sebagai penerbit menjawap bahawa kumpulan ini menerima bermacam macam jenis respond dari peminat dan juga para blogger. Katanya ada yang suka dan ada yang tidak dengan kehadiran mereka di dalam industri muzik ni.. Mereka menerima semua pujian dan kritikan itu  dan cuba untuk membuat dengan lebih baik dan cuba memuaskan semua pihak.. 

Apa apapun Mak Dara ucapkan selamat berjaya kepada kesemua ahli kumpulan GULA GULA.. Semoga tabah menempuh dunia seni ini..

8 comments:

  1. Hi! Satin shawl ups for grab! Visit www.theHijabis.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. semoga bakat dorang mampu mencegah segala cemuhan . buktikan pada semua GULAGULA !

    ReplyDelete
  3. kak..
    pd pndpt akk lagu grup ni mcm mane??

    ReplyDelete
  4. baru ja cik siti buat entry pasal diaorang ni...for my opinion la kan(walaupun mak dara tak tanya pasal cik siti pnya opinion)...diaorang kena cari identiti sendiri kalau nak berjaya....

    ReplyDelete
  5. amboi mak dara.. vouge gitu... hehehe

    ReplyDelete
  6. ya! Go go GIRLS! hoho

    ReplyDelete