AJK Mesyuarat Tingkap

Saturday, May 21, 2011

Ibu Faizal Hussein Mahyon Ismail telah Meninggal Dunia..

Terkejut Mak Dara bila suami Mak Dara call dari Terengganu dan memberitahu bahwa Ibu kepada Faizal Hussein iaitu seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah kembali kerahmatullah baru sebentar tadi.. negara kita baru sahaja kehilangan 2 bintang veteran iaitu Allahyarham Aimi Jarr dan Allahyarhamah Datin Orchid Abdullah.. kini kita kehilangan sebutir lagi bintang iaitu seniwati iaitu Allahyarhamah Mahyon Ismail..


gambar dr google

Terharu dan sedih Mak Dara bila menjengah ke FB  Faizal Hussein sebentar tadi bila terbaca ucapan selamat hari Ibu yang diucapkan oleh Faizal Hussein kepada ibunya minggu lalu..


Ternyata Faizal amat amat menyayangi ibunya itu.. Faizal Hussein telah kehilangan ayahanda tercinta iaitu Seniman allahyarham Hussein Abu Hassan pada 26-11-2007 yang lalu dan kini dia telah kehilangan Ibu
tercinta pula..Semoga FaizalHussein dan keluarga tabah menghadapi kehilangan ini.

Salam Takziah kepada Faizal Hussein sekeluarga.. Semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini. Mari sama sama kita sedekahkan al fatihah semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH

6 comments:

  1. Takziah buat keluarga Faizal Hussein,.. Moga rohnyer di tempatkan di kalangan orang yg beriman,..

    ReplyDelete
  2. takziah kepada keluarganye...
    innalillahwainnailaihirujiun.. (-_-)

    ReplyDelete
  3. surprising me..Al Fatihah, kenapa ye sakit juga ke?

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk faizal sekeluarga....

    ReplyDelete
  5. alfatihah utk roh allahyarhamah mahyon ismail seta ucapan salam takziah buat ketiga2 anaknya.....

    ReplyDelete
  6. alfatihah...hilang lagi sebutir bintang kan kak:(

    ReplyDelete