Saturday, May 7, 2011

"Wacana Pengenalan Bersama Bro Wacana"


Ini merupakan pertama kali Mak Dara sertai segmen dari Blogger hebat WACANA.. Segmen ni memang menarik.. Kira macam segmen suai kenal antara rakan rakan blogger.. Memang tak boleh tak menjoinkan diri.

Kenapa Mak Dara nak Berblog? hmm satu soalan yang sungguh best.. sebenarnya Mak Dara memang gila menulis. Mak Dara dapat tahu yang Mak Dara amat minat dalam bidang penulisan semasa mak dara sekolah rendah lagi. Bila cikgu Bahasa Malaysia Mak Dara minta Mak Dara dan satu kelas buat karangan dengan ayat bermula dari... Suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya telah... semua rakan sekelas Mak Dara tulis kena kejar anjung lah.. tersesatlah dan macam macam cerita yg "cliche" .. tapi mak dara tulis bagaimana Mak dara telah diculik oleh sekumpulan penculik dan menceritakan pengalaman menjadi tebusan dan bagaimana akhirnya diselamatkan dan malangnya kerana ayah terkorban dalam adengan tembak menembak antara polis dan penculik. hahaha cikgu puji meleleh leleh membuatkan Mak Dara kembang semangkok. Namun cikgu bukan hanya memuji tapi juga marah.. Kenapa? Kerana cikgu suruh buat karangan 150 patah perkataan aje tapi Mak Dara bantai tulis sampai 3 mukasurat lebih. Cikgu kata kalau exam sure kena potong markah hahaha..

Bila dah besar Mak Dara bertemu suami , Martias Ali seorang Penulis Skrip drama yang amat berbakat. Setelah berkahwin akhirnya Mak Dara terus ikut jejak langkah suami dan turut jadi penulis skrip drama dan filem. Setelah 14 tahun Mak Dara terlibat dalam dunia penulisan kini hampir 62 buah skrip drama dan filem telah ditayangkan di TV antaranya Nek Nak, Saka, Bola Cinta, Songkok, Cuci Cuci Services dan banyak lagi..

Menulis skrip selalunya Mak Dara terpaksa ikut jalan cerita pihak producer. Tapi banyak yang tersurat dan tersirat yang tak dapat Mak Dara luahkan. Cari punya cari punya cari akhirnya Mak Dara dapat jawapannya.. BLOG!!

Sebenarnya Mak Dara dah lama berblog. kalau tak silap dari tahun 2008 lagi. Blog pertama Mak Dara ialah blog ADZA IRDAWATI . Blog ini lebih mengenai semua skrip skrip yang pernah Mak Dara hasilkan. Anda boleh klik di SINI kalau nak tengok semua list tajuk tajuk drama yang pernah Mak Dara hasilkan =)


 Blog kedua Mak Dara pula mengenai band mak dara iaitu D'ADZA. Di blog ini Mak Dara banyak menulis aktiviti D'ADZA dari sebelum dan selepas terbitnya album single pertama kami dan semua aktiviti promosi yang telah kami lakukan.


 Tapi kedua dua blog ni macam terlalu formal dan Mak Dara masih tak dapat meluahkan apa yang selalu bermain di kotak fikiran Mak Dara. Maka akhirnya Mak Dara ambik keputusan untuk buat BLOG baru dan nak tulis apa saja yang bermain di kepala ni tanpa ada batasan.. Maka lahirlah blog BICARA MAK DARA..


Syukur alhamdullilah.. Blog ni telah bersiaran selama 3 bulan lebih dan bakal masuk bulan keempat pada tanggal 17hb Mei nanti.. Mudah mudahan Mak Dara dapat terus berblogging selagi terdaya dan termampu.. insyaallah...Pada yang ingin join segmen ini sila klik di SINI ye..

5 comments:

  1. salam perkenalan..singgah dari blog bro wacana..:)

    *anis na ajak join nie..jom singgah and join...

    http://anismelon.blogspot.com/2011/05/jom-jiwang-sekejap.html

    ReplyDelete
  2. berblogwalking dr blog Bro Wacanaku...
    selamat berblog...
    senyum selalu ok [^_^]



    http://solomolo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. wahhh bagus tu saye suka dan saya terus follow :)

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan.

    wah wah,baru 3 bulan dah seribu follower.

    mantop. sila bagi tunjuk ajar :D

    looking forward to next update ;)

    ReplyDelete
  5. Blogwalking dan follow dari blog bro wacana. Salam perkenalan.. ^_^


    http://diarihatimuslimah.blogspot.com

    ReplyDelete