Friday, June 24, 2011

Jangan Menulis Bila Dalam Keadaan Marah

Ini berlaku pada Mak Dara hari ini.. hari ini dan semalam beberapa insiden benar benar telah menguji tahap kesabaran dan keimanan Mak Dara.. Pada mulanya semuanya Mak Dara tuliskan segala isi hati Mak dalam entry itu.. Segala kekecewaan.. kemarahan dan segala kesedihan telah mak masukkan dalam entry tu... Namun syukur alhamdullilah.. Mak masih waras dan dapat mengawal perasaan dan emosi mak itu..

Memang jika kita dikaburi dengan perasaan marah segalanya tidak kita peduli lagi asalkan dapat melepaskan segala amarah.. namun mak bersyukur pada tuhan kerana mak masih dapat berfikir dan terus mendelete entry itu.. Ini bukannya satu jalan penyelesaian.. Ia pasti akan menambahkan lagi perbalahan.. 

Mak terima semua ini sebagai satu dugaan dari allah swt.. dan mak redha.. dan alhamdullilah semuanya kembali tenang kini.. Jadi... pada yang mengalami hari buruk "bad day" jangan dan jangan melampiaskan api kemarahan dalam blog atau dimana jua.. kerana kesannya akan terkena pada kita jua nanti.. Tawakal semuanya kepada allah dan banyakkan doa semoga allah dapat melindungi kita dari segala keburukan insyaallah..

6 comments:

  1. menulis dlm keadaan marah byk keburukkannya. salah satu tanpa kita sedar di samping kita dedahkan keburukkan org lain dgn kata2 yg marah kita juga dedahkan keburukkan sendiri. kdg2 bahasa pun dah jadi tak elok bila kita tulis dlm keadaan marah. kan??

    ReplyDelete
  2. kene kawl. sy pon kdg2 terleps

    ReplyDelete
  3. kak zu pun kadang2 sama jugak, melepaskan perasaan pada kertas, kemudian delete semua. fikir balik tak ada gunanya.

    ReplyDelete
  4. betullah cakap mak tu...
    so far akak tk pernah delete...dah habis terbarai dah heh3..

    Oooops....salam kenal mak...

    ReplyDelete
  5. betul tu.. macam mana marah sekalipun cuba cool dulu.. nanti hilang tatabahasa yang ada.. ;)

    ReplyDelete