Tuesday, June 7, 2011

Mak Dara Di Jamuan Majlis Teh Diraja part 2

Yaaa bertemu kita kembali ke rancangan bersama Mak Dara.. hehehehe perasan kejap.. Ok ni sambungan kepada part 1 semalam.. Bukan sengaja nak buat part 1 part 2.. Gambor banyak nak buat satu entry karang pening pulak nak tengok kan hehehe.Pada yang nak baca entry part 1 mak Dara semalam boleh le klik kek SINI ye hehe..Dimana berenti tadi ek.. Ok.. Pada pukul 4 petang YDP Agong dan Permaisuri serta semua VVVIP tiba..

ketibaan YDP Agong dan Permaisuri serta semua VVVIP

Setelah nyanyian Negaraku dinyanyikan maka acara pun bermula.. Acara apa lagi kalau bukan acara makan kan.. Perghhh beratur punyalah panjangggg.. Tapi berbaloi sebab makanan yang disediakan oleh Hotel Istana tu memang sedap sedap belaka terutamanya satay.. tapi cuma buah buahannya aje yang sedikit masam.. Mungkin dah dipotong dari semalam agaknya.. hehe

beratur untuk mengambil makanan

Mak Dara dan Maggiboy menjamu selera
nasib baik takde dijamu Maggi kalau tak kompom anak mak dara beratur plg depan haha

Suami Mak Dara dan satay hehe

Ziana Zain dan Aizad dipanggil untuk membuat persembahan di majlis itu.. Memang sedap gilaa suara Ziana Zain bila dengar live. Aizad pulak dah semakin slim melim dah.

.
Aizad sedang membuat persembahan

Ziana Zain turut membuat persembahan di majlis itu.



Tengah layan lagu nyanyian Ziana Zain =)

Jam menunjukkan pukul 5 lebih. Ramai tetamu yang dah gelisah nak balik . Tapi tak seorang pun dibenarkan balik selagi YDP Agong belum berangkat.. Betullah tu.. Dah datang ke event baginda takkan nak balik sebelum dia kan.. Kene le hormat betul tak. Akhirnya dihujung acara semua yang hadir dibenarkan untuk bersalaman dengan YDP Agong, Permaisuri dan def def terhormat.

YDP Agong dan Permaisuri serta semua VVVIP sedang bersalaman dengan tetamu

YDP Agong berbaju melayu kuning air

YDP Permaisuri Agong bertudung kuning

Mak Dara tengah nebes sambil beratur untuk bersalaman bersapa YDP Agong & Permaisuri

Maggiboy tengah suspen.. Giliran dia dah dekat 

Dan syukur alhamdullilah Mak Dara , suami dan anak dapat bersalaman dengan semua mereka.. Terus hilang rasa letih tu.. Wajah YDP Agong dan Permaisuri tersenyummm aje... Naik menggeletor juga dibuatnya masa Mak Dara nak pegi salam tu.. Kekok juga nak menyembah daulat tu.. Ye lah ni first time le katakan..

Mak Dara dan suami baru selesai bersalaman dengan YDP Agong dan Permaisuri
PM & Wife.. Dua dua muka letih sebab beratur panjang hehe


Muka exited lepas selesai bersalaman hehe




ramaikan yang hadir..


Selalu lalu aje depan istana.. Sekali masuk istana wahh seronotnyer hehe


Wahhh anak Mak Dara ni buat laman di istana tu macam laman kat rumah dia pulak
siap jalan jalan lagi.. adoyai hahaha






Para pengawal sedang bersiap sedia untuk keberangkataan YDP Agong


Semua menunggu untuk melihat YDP Agong berangkat pulang





YDP Agong dan Permaisuri sedang berjalan untuk berangkat pulang



YDP Agong sedang berjalan untuk berangkat pulang


YAB Dato Seri Najib sedang berangkat pulang


YAB Tan Sri Mohyidin Yasin sedang berangkat pulang

Akhirnya bila dah semua selesai maka YDP Agong dan permaisuri serta semua VVVIP beredar maka semua pun bersurai le termasuk Mak Dara..

dah selesai.. masa untuk pulang


Memang satu pengalaman yang amat bernilai lah.. Harap harap tahun depan dapat undangan lagi hehe.. Dibawah ni ada clip dari majlis itu.. 

Video Mak Dara di majlis itu

keadaan di akhir majlis

Sekian terima kasih kerana sudi membaca entry Mak Dara yang panjang tak hengattt ni yer hehe

3 comments:

  1. wah... comel nye mak dara pakai cam tu... hehehe.. pastu sedondon ngan hubby lak.. so sweet mak dara :)

    ReplyDelete
  2. seronok nya mak dara teringin ..uih dagu mak dara terbelah cute ..mak dara nk try VCO tak ? boleh lancarkan metabolisme , kurang nafsu makan ..nanti boleh selim ..hehee

    ReplyDelete
  3. bestnya..satu kenangan yg tak dapat dilupakan!

    ReplyDelete