Sunday, June 19, 2011

Pelakon Veteran Zami Ismail meninggal Dunia

Terkejut Mak Dara bila mendapat berita tentang kematian pelakon veteran Zami Ismail sebentar tadi.. Zami Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pak uda berusia 67 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat serangan sakit jantung pagi tadi..

Mak Dara hanya sempat mengenali Allahyarham Uncle Zami Ismail ketika arwah berlakon dalam Filem SHHH.. DIA DATANG arahan pertama Saiful Apek. Skrip filem ni Mak Dara dan suami yang tulis jadi kami selalu le kena ke set lokasi penggambaran. Arwah memang seorang yang happy go lucky dan sungguh lucu..

 Filem SHHH.. DIA DATANG

allahyarham Pak Uda di dalam babak filem Shyy Dia Datang..


Mak Dara (plg kiri) bersama D'ADZA dan para pelakon filem Shhh Dia datang
bersama allahyarham pak Uda(tengah)sedang mempromosikan filem ini di Damansara

Tapi sayanggggg sangat.. Filem ini tak dapat ditayangkan di pawagam kerana pihak Producer ada sedikit Masalah.. Memang amat sayang sekali kerana 3 orang pelakon filem ini telah kembali kerahmatullah tanpa sempat melihat hasil kerja mereka ditayangkan. Mereka adalah Allahyarham Din Beramboi dan Allahyarham Shukeri Hashim dan kini allahyarham Zami Ismail..

mari kita sama sama sedekahkan al fatihah kepadanya semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH...

5 comments:

  1. Al-Fatihah... semoga mereka semua ditempatkan di kalangan org² yg beriman...

    ReplyDelete
  2. takziah dan al-Fatihah! lagi info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

    ReplyDelete
  3. salam takziah untuk seluruh ahli keluarga arwah..sedih kan..beliau meninggal pada hari bapa..

    ReplyDelete
  4. mari sama sama kita sedekahkan al fatihah kepada allahyarham ya...

    ReplyDelete