AJK Mesyuarat Tingkap

Thursday, June 16, 2011

Selamat Sudah... Syukur...

Memang mendebarkan betul Mak Dara dan keluarga siang tadi bila mendapat panggilan dari teman Mak Dara yang menyatakan bahawa BFF Mak Dara Mazlina sedang menjalani pembedahan C-Section untuk melahirkan anak sulungnya... Tapi kandungannya baru sahaja mencecah 7 bulan... Memang terkejut dan berdebar debar kami dibuatnya... Dengar cerita Mazlina atau kami panggilnya Lynn ada mengalami sedikit komplikasi maka dia harus melahirkan anaknya dengan pembedahan hari ini juga..

dari kiri adik Mak dara Adza Emie, Mak Dara dan Lynn
(gambar sebulan yang lalu)

Syukur alhamdullilah tidak lama selepas itu kami mendapat berita bahawa Lynn telah selamat melahirkan anaknya.. Namun belum tahu apa kondisi dan keadaan ibu dan anak.. Kami berdoa semoga keduanya sihat sihat sahaja.. Esok Mak dara akan melawat mereka...

3 comments: