Monday, July 18, 2011

Cubit Peha Kanan Peha Kiri Terasa Jua..

Haaa di pagi hari ni Mak Dara nak cerita pasal cubit cubit peha.. Bukan suruh cubit betul betul ini cuma bahasa kiasan... Cubit Peha Kanan Peha Kiri Terasa maknanya "jika seorang ahli keluarga mendapat kesusahan, ahli-ahli yang lain juga turut menghadapi kesusahan"

Ini baru aje terjadi pada mak di mana salah seorang ahli keluarga Mak dara "dibahasakan" di wall FBnya .. Yang terkejutnya komen itu datang dari isteri seorang artis.. Yang membuatkan Mak Dara sedikit membara dek kerana dia meninggalkan komen tanpa ada usul periksa.. Seharusnya difahami dulu apa yang berlaku.. Tahu dulu hujung pangkal sesuatu cerita itu. Sesudah tahu dan faham keadaan sebenar barulah memberikan sebarang komen atau pendapat.. Ini tidak pakat terjahhh aje.. Namun begitu Mak Dara kagum dengan ahli keluarga Mak tu dia cool aje menjawab.. 

Namun itu bukanlah apa yang sebenarnya yang Mak Dara nak sampaikan..Yang sebenarnya Mak Dara nak beritahu dan nak ingatkan diri Mak Dara sendiri juga sekiranya mahu memberi pendapat, mahu komen ataupun menulis sesuatu tentang pihak lain haruslah berfikir dahulu.. Fikir apa yang bakal diluahkan.. fahami situasi yang sebenar.. dengar kedua dua buah pihak.. setelah dihitung kesemuanya barulah meluahkannya. Namun gunakanlah bahasa yang sepatutnya. Kerana bahasa menunjukkan bangsa.. Dan kita juga perlu fikir akan orang yang bakal menerima kritikan kita itu.. Bagaimana perasaannya.. bagaimana perasaan keluarganya.Cubit Peha Kanan Peha Kiri Terasa Jua...Semua itu harus diambil kira.. Terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata....

renung renungkan..

2 comments:

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK