Wednesday, July 6, 2011

Kami Blogger, Kami Sayang Malaysia !!


Hari ni Mak terpanggil untuk join segmen dari blogger BANGKU KOSONG.. Segmen Kami Blogger, Kami Sayang Malaysia !! 

Sebagai rakyat Malaysia.. memang mak amat amat sayangkan negara kita ini.. Bak kata teman Mak Midori Tamate yang datang dari jepun semalam.. dia kagum dapat melihat kepelbagaian bangsa agama dan adat yang terdapat dalam negara kita.. tak banggakah kita bila orang luar memuji sebegitu rupa.. mak banggaaaa..

Mak memperkenalkan kepelbagaian makanan di malaysia kepada teman mak Midori
di sebuah restoran di Kg Baru

Syukur alhamdulliah kita dapat hidup aman damai di dalam sebuah negara yang aman.. Walaupun berlainan pendapat dan pandangan.. Kita seharusnya BERSATU! Impian mak semoga kesemua rakyat terutamanya orang Melayu bersatu padu.. Tidak berpecah belah semata mata untuk mencapai kepentingan masing masing. Mahukah kita hidup di dalam negara yang porak peranda dan sentiasa bertelagah dan berperang seperti yang telah berlaku di negara luar? Bertapa susahnya datuk moyang kita memerdekakan negara ini dari penjajah makanya kita bertanggungjawab untuk menjaganya.. Sama samalah kita menjaga maruah bangsa, agama dan negara yang kita cintai ini . 

Waduhhhh serius benor mak hari ni kan.. Haaa mak memang semangat patriotik sikit bila bab bab negara ni hehe. kepada yang ingin menyertai segmen BK ini sila klik di SINI ya..

10 comments:

  1. setuju..cintakan negara adalah sebahagian dari iman..Moga Malaysia aman damai sampai bila2.Demi ank cucu kita juga..

    ReplyDelete
  2. Negara yang unik dengan pelbagai kaum

    ReplyDelete
  3. saya pon blogger yang cintakan malaysia... jangan "bersih" kan negara dari keamanan yang kita bina selama ni :(

    ReplyDelete
  4. Salam.
    TERBAEKKK .. siap ada gambar cikaro jepun lagik....

    ReplyDelete