Saturday, July 23, 2011

Nama Isteri di Handphone Suami

Hmmm.. Tadi store number telefon kawan kawan Mak ke dalam handphone.. Semua nombor kawan kawan baru Mak tu semua dalam name card je.. Sekali nak call mak aiii susahnya.. Jadi Mak pun store le dalam handphone kasi senang bila nak calling calling kan.. Tetiba Mak Dara terfikir akan sesuatu .. Apa nama anda di telefon suami anda  agaknya ek.. Moh kita tengok senarai yang Mak reka..

Nama Isteri di Handphone Suami - Quote by Mak Dara

1 - Baru menikah : ISTERI TERSAYANG 
2-3 thn menikah : SAYANG 
4- 5 thn menikah : YANG/MAMA
6- 10 thn menikah : RUMAH
11- 15 thn keatas menikah : JANGAN ANGKAT!!!

Hehehe ni semua hanya rekaan mak semata mata.. Senda gusi di petang hari sambil makan cekodok namanya ni hehe... Ada juga pasangan suami isteri yang loving walaupun telah berpuluh tahun kawen pun masih bersayang berdarling lagi kan. Tapi kan alang alang dah terkeluar topik ni.. Mak teringin jugak nak menyibuk petang petang hari ni.. Boleh Mak tahu apa nama Isteri/suami/bf/gf yang anda store dalam handphone anda.. =)

7 comments:

  1. NOONA LETAK MY HUBBY... tp, kalu tyme gaduh nona letak .(titik) jerk...hikhikhk

    ReplyDelete
  2. yang last tu letak le malampir

    ReplyDelete
  3. kreatif jugak idea mak dara ni eh. hehe. buat entry ni sambil makan cekodok? oh mmg best lah sgt!

    ReplyDelete
  4. haha. arda letak bruno mars. tapi law gaduh letak unnamed sbb terpikir bruno mars takkan kecewakan sy..hihi

    ReplyDelete
  5. dalam sim card saya, saya letak nama hubby; Nazri. dalam sim card hubby, dia letak nama saya; Iza. kalo time bercakap (dalam telefon or luar telefon), saya panggil dia Ayang & bahasakan diri saya Iza. dia pun panggil saya Ayang & bahasakan diri dia Abg Nazri. dah lebih 11 tahun, memang macam nie le kami bahasakan diri masing-masing. :) rasanya mmg takkan bertukar kot nama panggilan nie. :D

    ReplyDelete
  6. hihi...sue letak mY LOVE...hubby letak honey...heheheh...tapi takotnya kalo 12-15 thn dh kawen nnt dia letak JANGAN ANGKAT

    http://azwansprincess.blogspot.com/2011/07/cer-tengok-cer-tengoksapa-follow-me.html

    ReplyDelete
  7. ohh..menarik ni..Utk suami kpah letak nama..Abg Sayang..dan suami pulak letak nama kpah sebagai Yang.
    Dah nak masuk 23 tahun kawen ni..tak de lagi lah nak ubah...heee..

    ReplyDelete