Tuesday, July 5, 2011

PINTU TAUBAT

Semalam Ibu Mak Dara ada beritahu yang drama yang Mak Dara tulis tengah diulang tayang di Astro Oasis. Drama yang dimaksudkan oleh Ibu Mak Dara tu ialah PINTU TAUBAT. Drama ni merupakan skrip ke 45 yang telah Mak Dara tulis. Skrip drama ini Mak Dara tulis bersama suami Mak Dara, Martias Ali.


Drama ni dah ditayangkan di Astro Oasis pada oktober 2010 tak sangka akan diulang tayang lagi pada tahun ni. Syukur alhamdullilah.. Drama ini adalah terbitan Jurey Rosli dari World Evolution Brain Sdn Bhd. Dan lagu tema drama ini dinyanyikan oleh Oja.

Drama bersiri PINTU TAUBAT ini adalah rantaian cerita-cerita tantang kisah kisah manusia yang insaf dan mencari pengampunan daripada Allah SWT atas keterlanjuran dosa yang dilakukan. Penampilan khas Ustaz Ismail Kamus untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran sebagai pedoman.

TAJUK TAJUK EPISOD dalam PINTU TAUBAT
EPISOD 1 : TANGGANG
EPISOD 2 : NOMBOR TERAKHIR
EPISOD 3 : RASUAH
EPISOD 4 : ANAK
EPISOD 5 : AIR NERAKA
EPISOD 6 : CURANG
EPISOD 7 : DUSTA
EPISOD 8: RAGUTAN MAUT
EPISOD 9: INSAF ZARINA
EPISOD 10 : SAMUN
EPISOD 11 : TEKSI
EPISOD 12 : PELANGGAN

EPISOD 13 : MALAIKAT MAUT
Salah satu scene dalam drama PNTU TAUBAT
Rem antara pelakon yang menjayakan drama PINTU TAUBAT

Pada yang sudi nak menonton drama ni bolehlah menonton di channel ASTRO OASIS pada pukul 2:30 petang nanti ye =)

3 comments:

  1. kadang2 tgk juga pintu taubat ni...tak sangka mak dara yg tulis eh?

    ReplyDelete
  2. laa mak dara ke yg tulis saya suka tengok drama nih sambil2 ajar anak lah jgn buat itu ini heheh

    ReplyDelete