Wednesday, July 13, 2011

Projek Skrip Filem Terbaru Mak Dara & Co

Salammm semua.. Waaaaaa demam DiGi WWWOW kian kebah.. Kini Mak kembali kepada kerja mak semuala.. Yaaaa marilah mari.. kita menulisss.. hehe Syukur alhamdullilah.. Suami Mak Dara, Martias Ali mengajak Mak bersama adik Mak iaitu Adza Emie bersama sama untuk brainstorming berbincang tentang sebuah skrip untuk sebuah filem!! waduhhhhhhhhhhhhhhh Filemmm.. Mak sukaaaa... 

Sebelum ni Mak pernah bekerjasama dengan suami Mak Dara menulis untuk 3 buah filem namun sayangnya dua antara 3 filem itu tak dapat ditayangkan dek kerana terdapat masalah di pihak production.. Antara filem2 itu adalah.. SEREEM , SHHYY DIA DATANG..



Takpe sekurang kurangnya ia merupakan pembuka jalan untuk mak masuk ke bidang perfileman pulak setelah 15 tahun asyik menulis skrip drama aje kan.. Tapi tak lama lagi filem yang mak tulis bersama suami akan ditayangkan di pawagam pada 21hb September tahun ni.. Filem apa? cetengok ngeee


Yup.. Filem bertajuk LIBAS... Lakonan Rosyam Nor dan Scha!! Wahhhh tak sabar nak tengok.. Namun nama mak tak dimasukkan dalam filem ni .. tapi takpe nama somi mak ada.. Kira dah bersyukur dah tu hehe.. Lagipulak mak hanya menulis untuk draf pertama sahaja untuk filem ni dan filem ni telah diolah sebanyak lebih 5 kali oleh somi Mak Dara tu.. Tapi yang pasti hampir semua nama karektor dalam filem ni Mak yang kasi.. 

Oklah banyak pulak Mak membebel.. Mak nak kena pegi meeting dah ni.. Doakan semoga perbincangan kami untuk projek skrip filem terbaru ni berjalan lancar ye... =)

2 comments:

  1. semoga mak dara terdiva kita ni terus galak menulis skrip filem yer..

    ReplyDelete
  2. semoga mak dara sukses sokmo.. tak sabar nk tgk citernyer

    ReplyDelete