Tuesday, July 12, 2011

Tak Sabar Menunggunya Esok Hari


Waduhhhh.. Tak sabar rasanya menunggu tibanya hari esok.. Ya esok yang menjanjikan kengerian.. kesuspenan dan keterujaan yang teramat bagi Mak dara dan Blog Bicara Mak dara ini.. Ya.. Esok bakal berlangsungnya majlis DiGi WWWOW AWARD... Jantung berdegup lajuuuu je malam ni.. Lagi difikir lagi berdegup degap.. Mak dah tahu yang mak pastiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii takkan menang untuk kategori Top Kay Poh award esok namun Mak Dara amat amat bersyukur kerana menjadi top 6 bagi kategori itu.. memang tak masuk dek akal blog picisan macam mak boleh berada dalam top 6 tu.. Sampai sekarang rasa macam nak cubit cubit je diri ni untuk sedar dari lamunan ni.. haha

Pasti diriku terasa kerdil di majlis itu nanti bila bertemu dengan para otai otai blogger yang turut kesana esok.. Huhu nervous mak dibuatnya.. Namun Mak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan rakan Mak yang sudi mengundi untuk mak.. Ada yang siap promot hari hari di semua group ping blog.. ada yang sanggup menggundi mak menggunakan hampir 12 akaun miliknya dan semua ahli keluarganya.. terima kasih kepada family mak juga kerana tak putus putus terus menyokong pembabitan mak dalam dunia blog ni.. Terima kasih semua.. Ehhh dah macam ucapan lah pulak haha.. Oklah sebelum meroyan mak datang di tengah malam buta ni baik Mak masuk tidur dulu .. Selamat malam semua.. Untuk blogger Mialiana dan Ben Ashaari.. jumpa anda di sana di sana di sana =)

7 comments:

  1. hehehe.. jgn lupa belanja bila menang esok ye Ben hehe

    ReplyDelete
  2. wah.. mak dara dh jadi blogger otai.. segan ar nak tegor lagi cm ni. hehe

    ReplyDelete
  3. nanti bolehlah buat liputan,share gambar disana

    ReplyDelete
  4. wahhh hehhehhehe cam retis wat ucapan lak.. gud luck dear.. mudah-mudahan berjaya.. AMin

    ReplyDelete