Tuesday, September 13, 2011

Anak Pelakon Safura dan Shahrul Meninggal Dunia..

Terkejut bila mak terbaca status status di facebook tentang berita kematian anak pelakon Safura Ya'cob dan Shahrul. Rasanya baru tahun lepas sahaja Mak dan suami bertemu dengan Safura, suami dan anak anaknya di majlis perkahwinan anak pelakon rahim Ommar.. Kami memang saling kenal kerana Safura pernah berlakon di dalam salah satu skrip yang ditulis oleh suami Mak iaitu drama HARI HARI TERAKHIR SEORANG WANITA.. Di majlis itu juga kami duduk di meja yang sama . 

Masyaallah.. rasa macam sukar untuk dipercayakan dengan apa yang berlaku ini.. Namun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya... 

Di wall Safura ramai yang telah mengucapkan ucapan takziah untuknya sekeluarga.

Difahamkan bahawa jenazah akan dikebumikan di masjid arridhuan hulu kelang esok...salam takziah buat kak Safura Ya'cob sekeluarga diatas pemergian anak tersayang...harap dapat bersabar di atas dugaan yg di berikan...al-fatihah...semoga roh beliau dicucuri rahmat ...Al Fatihah..


7 comments:

  1. Al-fatihah.. terkejut juga dgn berita yang baru di dengar..

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah untuk arwah..dan takziah utk safura... Baru mat gebu tau cerita hebat tu skrip dia tulisan suami mak dara...Secara jujur, mat gebu bukan peminat safura, tapi lepas menonton drama hari2 terakhir seorang wanita, terus jadi minat...drama tu memang hebat...syabass yeaa..

    ReplyDelete
  3. alfatihah. moga tabah & redha dgn ketentuan ALLAH. Ssungguhnya, berat mata memandang, berat lagi mata memikul. Naluri seorang ibu turut sama merasai kehilangan insan tersayang - moga safura sabar dan redha semua ini. Salam takziah dari MakLady sekeluarga :((

    ReplyDelete
  4. alfatiha kepada arwah.. dan salam takziah kepada puan safura sekelurga kan.. hope tabah menghadapi semua ni.. aminnnnn

    ReplyDelete
  5. alfatiha kepada arwah.. dan salam takziah kepada puan safura sekelurga

    ReplyDelete
  6. Takziah buat pelakon safura semoga tabah dalam ujian ini..Al fatihah buat anaknya semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh amin..

    ReplyDelete