Tuesday, September 13, 2011

Ibu Mak Dara akan dibedah malam ini..

Sayu.. sungguh sayu apabila melihat ibu Mak Dara terbaring di atas katil wad sebaik mak melangkah masuk ke dalam wad Ortopedik di Hospital HUKM sebentar tadi.. 

Ayah melawat Ibu 

Ibu Mak dara cuba utk melemparkan senyuman walaupun dalam kesakitan

Kami benar benar tidak menyangka bahawa aduan mengenai sakit dikakinya begitu serius sekali.. Setelah dilakukan x ray didapati terdapat nanah di bahagian kaki Mak dara itu . Disebabkan Ibu mak dara pengidap penyakit kencing manis dikhuatiri sekiranya dibiarkan akan lebih parah.. Hampir 8 orang pakar datang membuat pemeriksaan ke atas Ibu mak Dara dan akhirnya mereka bersetuju untuk menjalankan pembedahan keatas kaki Mak Dara bagi mengeluarkan kesemua nanah dan luka di kakinya itu.. 

Memang di wad itu terdapat ramai pesakit kencing manis yang dipotong jari dan juga kaki akibat penyakit kencing manis mereka itu. dan kami amat amat amat bersyukur kerana Ibu tidak lagi sampai ketahap itu.. Syukur alhamdullilah..

Ucapan ribuan terima kasih kepada setiap nurse dan doktor pakar yang menjaga dan merawat Ibu mak Dara dengan baik sekali.. Terima kasih ... dan semoga pembedahan keatas Ibu Mak dara malam ini berjalan lancar dan mak cepat sembuh.. amin.. 

8 comments:

  1. Didoakan semoga pembedahan untuk ibu sis berjalan dengan jayanya dan moga dia cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan semua berjalan lancar :)

    ReplyDelete
  3. smoga ibu mak selamat ya mak.....sian ibu mak...

    ReplyDelete
  4. mak dara..ku doakan ibu kamu slamat menjalani operation malam ni..stay strong utk dia..

    insyaAllah kite sama2 doa ye kakak gorjez...

    ReplyDelete
  5. THANKS..sbb update abt Makcik Aa'. How is she doing? harap2 semuanya SELAMAT dan cepat sembuh selepas operation tu. Be strong sis. I can understand the situation u ols smua hadapi. bnyk2 bersabaq dgn dugaan ni. kmi disini sentiasa mendoakan kesejahteraan ur mom and hope dia cepat sembuh. Amin....

    ReplyDelete
  6. Sabar ye mak dara....everything will be just fine..insyaallah..;-)

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK