Wednesday, September 28, 2011

Kisah Deejay Reza Mohamed , Monyet House Of Talent & Patung Studio

Deejay radio ERA Reza Mohamed... Siapa tak kenal kan.. Dengan petahnya berbicara membuatkan ramai  yang menjadi pendengar setia Era kerananya.. Mak Dara dan adik adik mak sebenarnya dah lama kenal dengan Reza .. Walaupun Reza telah berjaya dalam kerjaya, glamour dan popular tapi dia tetap humble dan maintain seperti dulu.. Susah nak jumpa selebriti yang sempoi sepertinya.. Tabik spring satu pada Reza.. Kisahnya begini tadi bukak aje FB mak tengok Reza ada postkan sesuatu pada wall mak..

Apa lagi mak terus terjah ke link yang diberikan oleh Reza tu.. Wahhhh kagum betul Mak Dara apabila mendapat tahu yang Reza pun ada blognya sendiri yang diberi nama Monyet House Of Talent.. hehe cute betul namanya.. tengok headernya pun cute ...

MONYET house of TALENT

Bila membaca entry dalam blog itu Mak bertambah kagum.. Reza telah berjaya membuka studio miliknya sendiri.. haaaa artis artis sebegini lah yang mak respect.. Memikirkan masa depan good job Reza.. Studio yang dinamakan Patung Studio itu disewa di Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur dengan bantuan rakan kongsinya, Sufi Abu Bakar, graduan dalam bidang tarian dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)


Studio yang ditubuhkan di bawah syarikatnya, Rezakey Management tersebut turut mempunyai tiga bilik termasuk bilik solat, tandas, bilik penyediaan makanan dan sebuah pejabat. Setakat ini, studio ini telah digunakan untuk latihan menari dan tidak lama lagi pengarah Erma Fatima akan menyewa studio ini untuk latihan lakonan. Bayaran untuk menyewa studio milik Reza itu adalah bergantung kepada masa dan jenis aktiviti yang dilakukan. Biasanya pihaknya akan mengenakan sewa ruang studio itu RM25 untuk satu jam.. Bagi mak satu harga yang amat amat amat berpatutan.. nak nak lagi bila studio itu milik selebriti hebat seperti Reza.. betul tak..

Ok pada yang nak tahu lebih lanjut tentang Reza, tentang blognya Monyet House Of Talent ataupun mengenai Patung Studio bolehlah terus ke blog beliau di link ini ya.. http://monyethouseoftalent.blogspot.com/ .. Kepada Reza.. Kak Ida ucapkan tahniah dan all the besttt in your future.. So proud of you!!!!

4 comments:

  1. dah lama tak dgr radio,.tapi siapa tak kenal reza yg humble nie kan? suke die,.hehe, bella terjah blog reza dulu ye mak dara,.

    ReplyDelete
  2. Impressive studio <3 Really love the fact that he includes a prayer room as well :D

    ReplyDelete
  3. jap lagi kita terjah blog dia..bagus reza ni, fikir masa depan..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Mak Dara.nanti kita jejumpa chenta k..lama tidak mengalunkan lagu diiringi wanita2 d'Ahzab itueuw

    ReplyDelete