Friday, September 16, 2011

Sambut Birthday Dalam Hospital

As salammualaikum kepada semua .. Haa hari ni dan tarikh ini 16hb September merupakan tarikh keramat tarikh penting juga pada semua rakyat Malaysia iaitu tarikh HARI MALAYSIA.. Namun tarikh ini amat bermakna dalam keluarga Mak Dara sendiri bukan kerana Hari Malaysia tetapi kerana ia juga merupakan tarikh hali lahir dua orang anak Mak Dara iaitu Adza Danial Haiqal(13thn) dan Adza Danina Kirana(10thn).. Yaaa Mak telah lahirkan kedua dua anak mak tu pada tarikh yang sama cuma tahun je lain lain hehe.. Kata kawan, mak ni terror haha tapi bagi mak ini semua satu kebetulan dan kebetulan yang amatttt le best sekali.. Mau tak best dah le abang dan adik sama tarikh lahir.. sama pulak dengan Hari Malaysia dah tu tiap kali harijadi diorang adalah cuti umum.. Gilaa tak bestt.. kompom best kan hehehe... Cuma yang tak bestnya tahun ni Ibu Mak Dara tidak dapat menyambut harijadi cucunya ni bersama dek kerana berada di Hospital. Kalau tak Ibu Mak Daralah yang akan sibuk sekali memasak semua hidangan di Birthday Party semua cucu cucunya ni.. 

Terharu dan sedih juga bila mak dara dengar jawapan dari anak anak Mak tentang apakah hadiah yang mereka nak pada harijadi mereka pada tahun ni.. Mereka berdua jawab nak celebrate dengan Tok di hospital.. Perhhhh sayu beb dengar jawapan mereka tu.. Lebih syahdu dari masa memohon maaf di pagi raya haritu.. Jadi Mak dan somi mak tunaikan permintaan kedua dua mereka..

Ibu Mak Dara sedang dirawat petang tadi

dari kiri Adza Danina Kirana, Ibu Mak Dara & Adza Danial Haiqal

 
kesemua anak anak Mak Dara bersama Ibu Mak Dara
Seronok betul bila Mak Dara melihat riaksi Ibu bila dapat bersama cucu cucunya tu.. Yang bestt tu dia siap tanya mana kek birthday depa.. Mak terus le jawap.. Mana boleh bawak mai sini mak oi.. Kat sini semua pesakit kencing manis takut depa terlioq tengok kek" hehehehehe. 

Apa apapun sambut harijadi di hospital atau dimana sekalipun tak kesah asalkan kita dapat bersama yang tersayang.. betul tak.. Harap harap Ibu Mak Dara dapat pulang kerumah pada minggu depan amin.. Dan kepada anak anak Mak Dara Nina & Carl.. Mama luvss you guys so muchhh..Happy Birthdayyyy!!

2 comments:

  1. sayang jugak cucu2 ni kat nenek dia, siap sambut birthday kat hospital. yang penting kita happy dan ceria selalu.

    ReplyDelete
  2. salam adza...selamat hari lahir buat anak2 adza yer...best nyer dpt sambut hari lahir pada hari 1 Malaysia semua org cuti...:)

    p/s semoga mak adza cepat sembuh yer...:)

    ReplyDelete