Semalam 10hb September 2011 maka berlangsunglah majlis pertunangan anak sulung perempuan pengarah hebat dan juga teman rapat somi mak iaitu Abang Yusof kelana bersama pilihan hatinya.. Suami dan Mak Dara turut dijemput untuk menghadirkan diri ke majlis tu.. Saat tiba di perkarangan rumah Abang Yusof kelihatan Dato Yusof Haslam dan beberapa lagi jemputan sedang berbual. Wahhh ada dua buah khemah.. Macam majlis akad dah ni detik hati Mak.. Ya memang meriah sangat... Selain Dato Yusof Haslam, Faizal Hussein, Man Maharajalawak, Serina Redzuan dan ramai lagi artis yang turut hadir.. Meh mak Dara nak share gambar gambar di majlis pertunangan anak Abang Yusof tu jom layanzzzz
khemah di hadapan rumah Abang YK
Mak depan rumah Abg YK
Mak bersama Abg YK
Ketibaan rombongan dari pihak lelaki
hantaran dari kedua dua pihak
Mak Dara bersama bakal pengantin
mak Dara bersama Serina redzuan
Somi mak bersama Abang YK
Haaaa hebatkan.. Macam majlis akad nikah dah kan.. Tengok hantarannya pun mak dah kagum. Syukur alhamdullilah majlis berjalan lancar.. Selamat bertunang dan selamat menerima menantu untuk Anak dan juga Abang Yusof Kelana.. Tak sabar pula Mak nak ke majlis perkahwinan tu nanti...








MERIAH..
ReplyDeletethanks for uploading d pictures
ReplyDelete