Wednesday, October 19, 2011

Daasim Penunggu Di Setiap Pintu Rumah.


(pic google)


Adakah anda memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah? Kadang kadang memberi salam sebelum masuk ke rumah sering dipandang ringan.. Mak Dara pun selalu macam tu.. Terkadang keluar kerja, meeting ataupun keluar berlibur bersama keluarga.. tatkala balik dan sampai rumah badan dah letih maka terus buka kunci rumah, bukak kasut dah dushhh terus masuk kerumah tanpa memberi salam.. Namun tahukah anda apabila pulang saja ke rumah ada sesuatu yang menanti kita di pintu rumah.. Dan penunggu itu bukan lah isteri, suami, anak anak ataupun pembantu rumah tetapi yang menanti kita di pintu rumah itu bernama DAASIM..
Aisey pasti yang berkata.. Nama anak saya, isteri, orang yang tinggal serumah bukan namanya Daasim jadi apa kes pulak dia nak tunggu depan rumah saya kan.. Tapi Daasim itu bukan lah manusia tetapi sebenarnya DAASIM adalah nama syaitan yang akan berada di setiap pintu rumah kita..
Daasim ini akan duduk di pintu rumah kita. Dan jika kita tak memberi salam ketika masuk ke rumah maka Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri) bercerai berai, suami bertindak ganas memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: Maksudnya: “Wahai anakku! Apabila engkau masuk berjumpa ahli keluargamu berilah salam nescaya akan mendatangkan keberkatan ke atasmu dan ahli keluarga rumahmu.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Di dalam rumah kita kadang-kadang terdapat penghuni lain terdiri daripada makhluk Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dengan ucapan salam kadang-kadang terbukti mereka yang memusuhi kita boleh menjadi baik dan tidak mengganggu kita. Dengan ucapan salam juga, rumahtangga akan diliputi keberkatan daripada Allah Ta'ala, diberi kecukupan dan terhindar daripada gangguan syaitan. Bila rumah mendapat berkat maka penghuninya akan hidup dalam keadaan tenang, tenteram dan rukun damai insyaallah..


3 comments:

  1. arisha pun kadang kalanya lalai serta alpa akan hal ini. harus sentiasa titikberatkan perkara macamni. saling peringatkan sesama kita yah, mak dara!

    ReplyDelete
  2. ayah selalu maah kalau tak bagi salam. jadi bile sejak kecik diingatkan, maka bile dah besar memang jadi kebiasaan :) tambahan, kita mesti bagi salam dalam nada suara yang org lain boleh dgr & boleh jawab. itu lebih baik. tp, xpenah tau nama syaitan tuh Daasim. thanks utk info nh :)

    ReplyDelete
  3. ayah selalu maah kalau tak bagi salam. jadi bile sejak kecik diingatkan, maka bile dah besar memang jadi kebiasaan :) tambahan, kita mesti bagi salam dalam nada suara yang org lain boleh dgr & boleh jawab. itu lebih baik. tp, xpenah tau nama syaitan tuh Daasim. thanks utk info nh :)

    ReplyDelete