Thursday, October 27, 2011

Somi Mak Dara @ 8TV QUICKIE SHOW

As Salam.. Semalam Mak Dara temankan somi Mak Dara Martias Ali ke Sri Pentas TV3 dimana somi Mak Dara dijemput untuk menjadi jemputan dalam sebuah rancangan mereka iaitu 8TV QUICKIE. Mereka mahu menemuramah somi Mak Dara tentang filem pendek arahanya yang bertajuk ANAK terbitan syarikat Two Tones Sdn Bhd telah berjaya memasuki ECO FILM FESTIVAL 2011 yang bertempat di KL. Bersama samanya semalam adalah En Fadhlie iaitu Managing Director untuk Eco Film Festival itu.

Setibanya di sana kami terus dibawa masuk ke dalam studio . Dan muka masing masing dah ketat kerana kecut juga untuk masuk rancangan yang disiarkan secara langsung ni hahaha.. Meh mak Dara sharekan gambar gambar sekitar berlangsungnya siaran rancangan langsung 8TV QUICKIE tu ye..

Kami dibawa masuk ke dalam studio

Set 8TV QUICKIE bersama host Zher dan Adam

fadhlie kiri Martias kanan sedang menunggu masa untuk ditemuramah

host Zher dan Adam memulakan rancangan 

somi mak (paling kiri) sedang ditemuramah






Somi mak dara dan En Fadhlie pun ditanyakan dengan pelbagai soalan mengenai festival filem itu dan juga mengenai Filem pendek "ANAK". Dan pada di penhujung rancangan semua tetamu rancangan itu dikehendaki mengambil satu kertas yang berisi soalan dari sebuah botol yang digelar oleh host mereka  sebagai The Jar Of Doom. Dan somi mak dara mendapat soalan Who's your favourite artist and why.. Terkejut mak dara bila mendengar suami mak Dara berkata tentang Kumpulan D'ADZA iaitu kumpulan Mak Dara bersama adik beradik Mak dara yang lain iaitu Adza yanie, Adza Tuty dan Adza Rina.. Hehe cayalah sayang siap promote band bini sendiri ye hehehe... 

Kami semua menarik nafas lega bila rancangan itu berakhir. Memang tidak dinafikan crew dan host rancangan 8TV QUICKIE iaitu Zher dan Adam memang sangat baik humble dan tarak sombong punya.. memang baik sangat . U guys rock.. tapi sebelum beredar sempat jugak mak dara menyelit untuk tangkap gambar bersama mereka hehehe...


9 comments:

  1. i suka tengok si zher tu..walaupun kurus kering tp cute.. :)

    ReplyDelete
  2. rugi2 x tgk...busy punya pasal x sempat nk tonton

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mak dara...alaaa x dpt tengok la semlm dpt tengok gambar kat sini boleh la...:)

    ReplyDelete
  4. wah.. ape lg kak.. wat la comback seara solo.. hehe.. hubby dh tolong promote tu :)

    ReplyDelete