Saturday, November 12, 2011

ALONG GEDEBE

Wahhhhhh drama hasil skrip drama yang telah mak dara tulis tak lama dulu berjudul ALONG GEDEBE sedang ditayangkan sekali lagi di ASTRO WARNA sekarang.. Fuyooo teruja.. Kalau sudi tontonlah drama Along Gedebe ni ye..

Meh Mak Dara sharekan sedikit sinopsis drama ni



Skrip ke 59

Tajuk Drama: ALONG GEDEBE
PRODUKSI: A Aida Production Sdn Bhd
PRODUSER: A Aida
PEMBANTU PRODUSER: Zed Zaidi
TARIKH SIARAN:11,15 Januari 2011
SIARAN: Astro Warna
PENGARAH: Abd Latif Ismail
SKRIP: Adza Irdawati Adenan
IDEA ASAL: saiful apek & martias ali

SINOPSIS

Along seperti tak keruan ketika berjalan di sebuah laluan premis bangunan. Dia ditimpa masalah kerana kereta ditarik syarikat kewangan gara-gara gagal melunaskan bayaran ansuran bulanan. Malah, tiga adik kesayangan, Angah (Yus Raja Lawak), Alang (Wan Zalif Naquiyudin) dan Achu (Nazatul Shima) meninggalkan rumah tanpa pengetahuannya mencari ayah mereka.
Sambil bercakap dalam diri sendiri, dia hanya memikirkan nasib tiga adik kesayangan meninggalkannya kerana menyangka dia marah kepada mereka kerana banyak kerenah dan kuat makan hingga menyusahkannya. Dengan kekusutan fikiran mencari jalan mengatasi masalah, Along disapa Aida (Wan Sharmila) kebetulan sedang memandu, memujuk untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Pada mulanya Along jual mahal, tetapi akhirnya menerima pelawaan menaiki kereta. Aida, jurusolek syarikat produksi tempatnya bekerja memang sudah lama menaruh hati terhadap Along. Sewaktu dalam kereta, Zed menceritakan masalahnya menyebabkan Aida bersimpati. Dia meminati Along, tetapi hanya bertepuk sebelah tangan. Disebabkan kedaifan, Along menganggap tiga adiknya dan cita-cita menjadi produser berjaya lebih penting daripada memikirkan lamunan cinta. Itu antara babak terakhir bagi Along dan Aida telefilem Along Gedebe di sekitar Hulu Klang. Along Gedebe telefilem komedi menceritakan pengorbanan abang terhadap tiga adiknya. Kata Abd Latif ketika ditemui Rap, telefilem mengisahkan rasa sayang dan tanggungjawab tinggi anak sulung sebagai ketua keluarga menjaga tiga adiknya berbadan besar berikutan ketiadaan ibu dan bapa yang berpisah sejak kecil. "Achu, paling bongsu, 17, bertubuh besar seperti Syanie. Angah pula seperti Bob Kuman. Alang bertubuh besar, bersifat romeo dan senang cair pada kejelitaan perempuan hingga selalu dipermainkan

"Along kurus seperti tak cukup makan. Bagaimanapun, didikan sejak kecil supaya menghormati Along menjadikan mereka semua takut dan hormat pada Along. Along berjanji kepada arwah ibu menjaga adik-adiknya dan hidup bersama walau di mana mereka berada.
"Dia berkorban walaupun tidak bersekolah tinggi. Along bekerja pengurus produksi bebas. Kalau ada masa lapang, Along ke pasar seni menjadi pemuzik jalanan menampung keperluan harian tiga adiknya memerlukan makanan melebihi paras normal manusia biasa.

"Pada masa sama, Angah, Alang dan Achu tersilap langkah apabila memandu van ditinggalkan seketika oleh penculik. Tanpa disedari, ada seorang kanak-kanak dalam van dijadikan tebusan sekumpulan penjenayah.
"Babak lain memaparkan ketua penculik (Redzuan Hashim) memarahi konco-konconya kerana tebusan lesap. Mereka membuat misi mencari tiga budak gemuk melarikan tebusan.

"Ada juga babak tembak dan mencemaskan. Secara keseluruhan, saya berpuashati Along Gedebe tidak memerlukan terlalu banyak aspek teknikal, lagipun penggambaran spontan banyak dilakukan 'outdoor' yang memudahkan gambar jelas dirakam dalam masa yang ekonomikal. Nasib baik hujan turun selepas penggambaran selesai," katanya.

Latif berpengalaman mengarahkan pelbagai drama dan telemovie untuk siaran RTM sejak lebih 20 tahun lalu, berkata, cerita Along Gedebe berkisar mengenai kasih sayang, kekecewaan, patah hati, tamak, kerinduan terhadap ibu-bapa dan pelbagai lagi.

"Jalan cerita mendapat pandangan panel skrip Astro, Mathias Mohd Ali. Apa lebih menarik, ada dialog dalam telefilem ini menggunakan loghat Kelantan memandangkan tajuk cerita pun mengenai Gedebe iaitu 'samseng'. "Ada unsur komedi mencuit hati antaranya telatah penculik yang cuba menangkap tiga beradik terbabit. Saya harap penonton terhibur apabila ia bersiaran pada Januari 2011 di Astro Warna,


2 comments:

  1. kpah tak langgan astro warna..hmmmm

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mak dara ...cite ni mmg best caya la mak dara yg tulis skripnya yer...:)

    ReplyDelete