Friday, November 18, 2011

Gambar Gambar Kemenangan Adik Mia Sara Pelakon Kanak Kanak Terbaik

Pada 16hb Nov lepas Mak Dara bersama somi dan adik Mak dara ke Taman Tasik Perdana untuk ke Majlis Malam Anugerah Gemilang Cipta sempena Festival Filem ke 24 . Pada Malam tersebut 10 anugeragh telah diberikan antaranya ialah.. Poster Filem Terbaik , Kesan Khas Visual Terbaik ,Pelakon Harapan Lelaki Terbaik, Pelakon Harapan Wanita Terbaik dan tidak ketinggalan Anugerah Pelakon Kanak Kanak Terbaik. Dan seperti yang telah di sangka sangka Adik Mia Sara telah dinobatkan sebagai pemenang kategori itu... 

Masyaallah.. Sungguh comelnya Adik Mia Sara naik kepentas bagi menerima anugerah itu.. Meh Mak Dara sharekan gambar gambar saat saat kemenangan Adik Mia Sara yang Mak Dara snap sendiri..






Abang Harun Salim Bachick menyerahkan trofi kemenangan itu pada Adik Mia Sara lepas tu serahkan cek RM10 ribu kepadanya.. Kiuttt betul bila adik Mia Sara seakan terpinga pinga kerana tidak tahu apa yang harus dilakukannya pada saat itu.. Ye lah kalau suruh anak Mak Dara yang sebaya Mia untuk naik kepentas dan semua mata tertumpu padanya pon kompom dah nangis dibuatnya.. Tapi adik Mia tetap cool.. Memang dia dilahirkan untuk menjadi selebriti dan artis.. tabik spring dik..

Tidak lama kemudian ayah Mia turut naik kepentas bagi membantu anaknya menerima trofi yang agak berat itu.. Fuhhh pasti ayah Mia bangga dengan anaknya yang berbakat besar tu..



Di akhir majlis kesemua para pemenang di jemput naik ke pentas bagi melakukan sesi foto bersama Timbalan Perdana Menteri Dan Mia menjadi tumpuan semua. TPM juga memanggil Mia untuk berdiri dihadapannya semasa sesi foto itu.. Fuhhhh memang bertuah kau dik... 









Setelah selesai mengambil gambar mia turun dan kembali semula kepada ayahnya yang menantinya di bawah pentas... Apa yang dapat Mak Dara katakan ialah kita telah menemui sebutir berlian dan sebutir bintang yang akan menerangi industri filem kita.. Tahniah kepada Adik Mia Sara kerana telah memenangi Anugerah Pelakon kanak kanak terbaik ....


9 comments:

  1. suka tgk mia ni...comel gila!
    rasa tak puas tengok.

    hehe..tahniah mia!

    ReplyDelete
  2. mcm nak cubit jek pipi dia yg putih gebu nih..mmg cantik sgt dia nih..

    ReplyDelete
  3. semoga tidak menjadi seperti 'kakak2' yang bajunya tak cukup kain tu yer... sedey..... sekarag banyak isu pasal ni..

    ReplyDelete
  4. comel sangat mia ni!
    tahniah kepada mia sara..

    ReplyDelete
  5. kita tak dapat pun gambar lagi dengan Tan sri Muhyiden yassin tu.. huk..huk..

    ReplyDelete
  6. sy suka mia time drama adamaya, trus kalau ada lakonan dia pasti sy g tengok. suka tengok mukanya yang kiut. hehe

    tahniah adik mia. semoga sukses dlm karier. insyaallah

    ReplyDelete
  7. sofea memang suka tengok adik mia ni... dia suka tiru memek muka dan gaya cakap...

    bila ditanya nak berlakon ke? dia kata nak... kecik2 lagi dah pandai angan2....

    ReplyDelete