Tuesday, November 22, 2011

Fesyen Mak Dara ke Festival Filem Malaysia FFM24

Syukur alhamdullilah Festival Filem Malaysia FFM ke 24 telah pun melabuhkan tirainya dan somi Mak Dara telah berjaya membawa pulang Anugerah Cerita Asal Terbaik Amin amin ya rabbal alamin.. Bagi mak acara itu berlangsung dengan jayanya sama seperti yang Mak harapkan.. Namun yang paling mak berpuas hati adalah baju Mak Dara yang telah disponsor oleh teman baik Mak DD atau nama penuh dia Fazreen Azrin Shah dari D'ULEK CREATION . DD juga merupakan Make up artist untuk Filem LIBAS..

Pada mulanya Mak Dara pening juga dengan apa yang nak Mak pakai pada malam FFM tu ye lah tema malam itu ialah hitam keemasan.. Mak bukan takde dress warna hitam namun dengan "imej terbaru" mak sekarang rasanya semua dress dress yang dulu dah tak sesuai lagi dengan Mak. Dan pada satu hari tu Mak ada menonton EMMY AWARD dan mak terus jatuh cinta bila mak melihat satu artis hollywood ni dan dressnya yang sangatttttt cantik.. Buat tak tidor mak beberapa malam.. Seriusss sangat berkenan..